Tuesday, January 12, 2010

Cara-cara untuk menghilangkan bosan- Baca ini.

"Kita ada sesuatu yang ingin kita katakan pada seseorang, sesuatu yang benar, tapi tak terkata. Kerana kita tahu, dia bencikan kebenaran itu.

Dan kadang-kadang, kita dipaksa pula untuk mengatakan sesuatu. Tapi kita tidak mahu, kerana hanya akan melahirkan rasa sakit hati sendiri, tapi kita terpaksa luahkan juga, kerana di situlah kebenarannya. Lemahkan kita?"



Ali suka kat Minah. Ali penah luahkan perasaannya pada Minah, tapi Minah reject. Minah pula suka kat Daniel. Walaupun Minah tak pernah cakap dia suka kat Daniel, tapi Ali tahu. Jadi Ali hanya berkawan baik dengan Minah. Kata Minah, Daniel merupakan seorang yang baik hati.

Tapi Ali tahu, Daniel bukan seorang yang baik. Semenjak kecil, Ali telah berkawan dengan Daniel. Luar dan dalam, dia lebih kenal Daniel dari orang lain. Kerana sayangkan Minah, Ali tidak mahu Minah dipermainkan oleh Daniel. Malangnya, Ali tak boleh bagitau Minah tentang sifat sebenar Daniel. Ali tak mahu Minah berfikiran negatif terhadapnya. Seperti cerita-cerita Melayu yang lain, Ali merupakan hero cerita yang hanya melihat dari jauh Minah gembira bersama dengan Daniel.

Seperti yang kita sedia tahu, Daniel merupakan watak jahat. Kerana merasa sakit hati dengan keakraban Ali dengan Minah, Daniel telah melakukan sesuatu yang merosakkan hubungan baik antara mereka. Kini, Minah sangat bencikan Ali. Terpinga-pinga dan tidak sempat untuk menjelaskan hal sebenar, Ali ditinggalkan Minah begitu sahaja. Ali yang kecewa, mengharungi hari-harinya dengan melakukan kerja-kerja kampung dengan hati yang sangat sedih.

Pada suatu hari, Minah terdengar perbualan antara Daniel dengan rakan-rakannya tentang hubungan sulit Daniel dengan seorang gadis. Untuk mendapatkan kepastian, Minah cuba berhubung dengan Ali dan cuba untuk mendapatkan cerita sebenar tentang Daniel. Sekali lagi, Ali tidak dapat untuk memberitahu tentang sikap Daniel yang suka mempermainkan perempuan. Untuk melindungi Minah, Ali hanya mampu berpesan, "Jagalah diri, jaga peribadi."

Ali mendapat peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Dengan perasaan hiba, Ali melangkah ke Kuala Lumpur dengan harapan dia dapat melupakan kisah sedihnya di kampung. Di sana, Ali bekerja keras dan berusaha untuk sibukkan diri dengan kerja supaya lebih cepat dia dapat lupakan Minah. Ali menjadikan pejabatnya sebagai rumah kedua. Di situlah dia tidur, di situlah dia makan, di situlah dia menyiapkan lambakan kerja-kerja pejabat. Sehingga mendapat pujian dari bosnya. Hasilnya, Ali dinaikkan pangkat dan mendapat gaji yang lumayan.

Dan di tempat kerjanya itu jugalah, dia bertemu dengan Diana. Tanpa pengetahuan Ali, Diana merupakan seorang pisau cukur yang cukup terkenal di kalangan orang-orang kenamaan. Dengan kecantikannya yang hampir sempurna, Diana cuba untuk menggoda Ali.

.

.

.

.

Baiklah. Sebenarnya, gua tengah bosan ni. Boleh pulak kelas kensel. Lecturer gua yang cantik manis tu ada kursus hapa ntah. Ada cara lain lagi tak nak hilangkan bosan selain dari menaip?

P/s: Kah kah kah!! Mesti lu orang hampa, kan?

Okeylah, gua tamatkan cerita ni. Diana yang gagal untuk menggoda Ali, akhirnya mati setelah ditembak oleh sekumpulan geng jahat. Sebelum dia mati, baru Diana tahu yang dia sebenarnya adik kepada ketua geng jahat. Ketua geng jahat masuk jel. Setelah kantoi bersama dengan perempuan lain dan ditinggalkan Minah, Daniel kini lebih ligat main judi. Dengar cerita, dia menang RM30,000 setelah main nombor 4D. Dengan wang penuh di poket, Daniel terus pergi ke rumah urut dan mendapatkan khidmat urut gadis China. Sebulan lepas tu, dia positif HIV.

Hujung-hujung, Ali bertemu balik dengan Minah kat kedai cendol, dan mereka terus berkahwin. Tapi bukan kahwin kat kedai cendol tu. Teruk betul imaginasi lu orang ni!
Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

puteraohtrabulan said...

Gua dah rasa sedih citer lu tadi..Last part gua tersengih dpn komputer sorang2.

p/s..Lu tau tak yg sebenarnya bos gua ader kat belakang gua tadi tuh??

Encik Akmal said...

haha kantoi beb.. kantoi...
dah, lain kali pasang cermin pandang belakang kat atas komputer lu tu..

Siti Asiah said...

lawak btul. ni mst main taip je ye, ye la kan kata nk hilangkan bosan...huhu