Thursday, January 7, 2010

Syarat utama kalau nak gua jemput lu pergi kenduri kahwin gua.

Jangan berani-berani nak ajak gua join MLM!!!


Bila kawan lu tiba-tiba:

1. Ajak makan free, dia belanja;
2. Ajak lepak minum dan berjumpa dengan kawan-kawan dia;
3. Ajak jalan-jalan ke tempat yang bila lu tanya 'kat mana?' tapi dia tak nak jawab;

Gua nak nasihatkan, baik lu naik kenderaan sendiri. Tak ada kenderaan sendiri, pinjam je basikal anak saudara lu. Janji lu tak naik kenderaan dia. Dah naik kenderaan sendiri tu, jangan pulak gatal-gatal nak tumpangkan kawan-kawan dia. Tak kira lah kawan dia tu makwe seksi pakai baju nampak puting ke, pelakon cerita Gerak Khas ke, bekas ratu cantik Angola ke, lu jangan nak tunjuk hero, nak tumpangkan diorang pulak.

Kenapa? Supaya senang lu nak lari, kalau kawan lu tu tiba-tiba keluarkan ayat bangsat begini:

- Inilah bisnes aku.
- Tu lah upline aku. Jangan pandang dia sebelah mata tau. Dia ada tanah kat Dubai.
- Ko nak jadi kaya macam si polan- si polan ni tak?
- Biar aku kenalkan kau dengan satu bisnes ni. Ramai orang dah join, rugi kalau ko tak join.
- Melayu kena tolong Melayu. Ni aku nak tolong kau lah ni.
- Duit kau ada berapa dalam bank?
- Kau kerja apa sekarang ni? Berapa sangat kau boleh dapat dengan kerja makan gaji tu?
- Tak ada duit modal? Sini aku ajar nak cari duit modal.
- Kalau nak kaya, kena berusaha sikit. Malu tu tolak tepi lah.

Bangkai! Cuai sangat gua masa tu. Iye lah, bila tiba-tiba ada member nak belanja dinner masa kau tak ada duit, kau nak tolak? Nasib baik lah lepas gua dah dapat bau yang gua akan kena dengar ceramah pasal MLM ni, tiba-tiba je 'kawan' gua telefon, kata 'kereta dia rosak'. Boleh jugak gua 'tolong tengok-tengokkan'. Terima kasih bijaksana.

Jadi kepada kawan-kawan gua yang rasa nak lama berkawan dengan gua, tolong. Tolong jangan pernah buat macam tu kat gua lagi. Hati gua ni halus, cepat touching dengan benda-benda macam ni. Kalau gua merajuk nanti, jenuh jugak nak kena pujuk ni. Paling-paling, kena belanja gua air kelapa sama nasi goreng, baru gua boleh lupakan.

Perlu dinyatakan di sini, yang gua TIDAK BERMINAT dengan sebarang jenis Multi Level Marketing, sistem piramid, upline downline ni semua. Nanti bakal abang ipar gua tak kasi gua ngorat adik dia pulak. Lagi teruk, kalau family gua tau. Gua rasa kalau diorang tau, segala dana bantuan yang dihulurkan kepada gua mungkin disekat kalau gua join benda-benda mengarut macam ni.

Dapat???

P/s: Aku mungkin rugi, aku mungkin miskin, aku mungkin sombong, aku mungkin bodoh. Tapi aku selesa hidup macam ni. Kau berniaga, aku tumpang gembira. Tapi kalau punca rezeki itu kau dapat dengan menindas orang lain, aku tolak. Bakal keturunan aku tak akan makan sedikit pun hasil rezeki itu.

*Sila lupakan tajuk tu entri ni. Gua mana ada nak kahwin. Gua tak minat kahwin-kahwin ni. Tak ada orang nak ambik gambar. Gua minat nak bernikah. Kalau nikah ada je orang nak ambik gambar.
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Anonymous said...

Sistem PIRAMID? tak elok tu...cas tenaga negatif tu....aku kesan satu building kerajaan yg ada piramid....tiang pagar PMO.

Encik Akmal said...

Hahaha... tiba-tiba aku rasa aku kenal.
Tiang pagar PMO? okeh nanti aku google.