Jika
Kau buka mata,
Dan kau lihat itu salah,
Kau pasang telinga,
Dan kau dengar itu bohong,
Kau capai tanganmu,
Dan kau sentuh itu palsu,
Kau cuba menghidu,
Dan kau bau itu busuk,
Kau buka hatimu,
Dan kau tidak dapat merasa,
Apa kata kalau,
Kau buka mulutmu,
Dan mula berbicara.
Jika itu yang kau rasakan benar, kudus, telus,
Kerana kau, aku, dia, mereka, kita,
Pun rasakan begitu.
Ya, terasa seakan kita terawang di langit yang palsu.
Kau buka mata,
Dan kau lihat itu salah,
Kau pasang telinga,
Dan kau dengar itu bohong,
Kau capai tanganmu,
Dan kau sentuh itu palsu,
Kau cuba menghidu,
Dan kau bau itu busuk,
Kau buka hatimu,
Dan kau tidak dapat merasa,
Apa kata kalau,
Kau buka mulutmu,
Dan mula berbicara.
Jika itu yang kau rasakan benar, kudus, telus,
Kerana kau, aku, dia, mereka, kita,
Pun rasakan begitu.
Ya, terasa seakan kita terawang di langit yang palsu.