Maaf, gua terbatuk. Dah bersawang blog gua ni rupanya. Lama betul tak update secara serius. Padahal selalu je online kat Facebook. Tapi lama-lama, gua tengok Facebook pun dah mula rasa bosan. Tak habis-habis orang nak invite main Farmville lah, Poker lah. Gua tak berapa layan sangat permintaan kanak-kanak camni. Buat pening kepala je. Itu belum lagi nak melayan permintaan nak jadi kawan. Padahal tak kenal pun. Dah lah laptop Acer gua tak boleh nak masuk internet sekarang ni. Ni pun terpaksa pinjam laptop Leo. Nasib baik Leo pakai Toshiba. Acer ni kalau buat laptop, bengap dia lain macam. Macam makcik buat kuih kat bazar Ramadan. Langsung tak ikhlas. Bengap.
Oh speaking of which, dah terlanjur sebut pasal Facebook, ni gua nak share sikit pasal Facebook. Ya, Facebook yang orang Yahudi reka, lepas tu ramai yang nak boikot tu. Tapi gua tak sudi boikot-boikot ni. Setakat 5 orang je yang boikot, geli-geli je Yahudi ketawa.
Tadi gua bukak Google dan gua taip 'facebook epic'. Hasilnya?
Oh speaking of which, dah terlanjur sebut pasal Facebook, ni gua nak share sikit pasal Facebook. Ya, Facebook yang orang Yahudi reka, lepas tu ramai yang nak boikot tu. Tapi gua tak sudi boikot-boikot ni. Setakat 5 orang je yang boikot, geli-geli je Yahudi ketawa.
Tadi gua bukak Google dan gua taip 'facebook epic'. Hasilnya?
Sila klik pada gambar kalau tak dapat baca. Tak dapat baca jugak, pergi masuk tadika balik.
Ini adalah contoh-contoh kebengapan sesetengah manusia yang gua pasti, mereka berfikir menggunakan perut. Orang nak main Facebook, dia pun nak main Facebook. Last-last bila dah jadi kes-kes 'Owned fail' macam ni, mula lah tak nak main Facebook lagi.
Kat Malaysia ni, sesetengah kebengapan seperti di atas mungkin kita tak jumpa. Tapi apa yang kita mungkin dapat jumpa ialah status/comment duel, di mana si bengap 1 letak status, lepas tu si bengap 2 taip komen yang boleh menyakitkan hati bengap 1, lalu terjadilah perselisihan faham, sampai orang lain ketawa-ketawa baca kebengapan dua-dua ekor ni berbalas komen. Gua dah jumpa, banyak. Sampai putus kawan sebab Facebook, sangatlah kanak-kanak. Baik lu orang pergi duduk depan TV tengok Hagemaru.
Satu lagi, apabila kita hak privasi kita dicabul melalui muat naik gambar dalam album Facebook. Contoh, Si Bengap 3 letak gambar salah seorang kawannya. Gambar yang boleh memalukan si kawan/mangsa. Kerana Facebook mempunyai kelebihan yang membenarkan pengguna untuk 'tag' sesiapa yang di dalam gambar, Si Bengap 3 pergi 'tag' pula si mangsa tu. Akal pendek, bukan?
Kebengapan yang lain pula ialah apabila si Romeo dan Juliet bercinta. Mula-mula memanglah indah, bercinta, pergi dating, romen-romen, gaduh, merajuk-merajuk macam diorang je pasangan bercinta dalam dunia. Dan akhirnya bila dah putus cinta, Habis Romeo kutuk Juliet, Juliet kutuk Romeo. Habis segala cerita buruk-buruk dikeluarkan balik supaya orang lain baca. Macam syaitan perangai. Sekali lagi, gua yang baca pun rasa seronok. Boleh isi masa lapang sambil minum kopi. Sekejap-sekejap refresh page, tengok kot-kot ada komen baru. Owned.
Satu lagi bengap, ada dalam gambar kat bawah ni. Tengok sendiri, gua malas nak cakap pape dah. Patut la orang cakap, kalau orang lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal, orang perempuan pulak ada 9 nafsu dan 1 akal.
P/s: Come on, people. You can do better than that. Cursing others doesn't fix anything.