Pada suatu malam...
Cis, gua tak boleh la nak mulakan cerita dengan menaip ayat-ayat Karangan-Karangan Contoh UPSR 2001 camni. Mula balik!
Gua tengah lepak depan laptop pada satu malam beberapa hari yang lepas. Nak cari maklumat pasal Intrinsic Absorption lah, Extrinsic Absorption lah. Ada assignment nak kena hantar keesokan harinya. Pelajar berjaya macam gua ni, memang kena rajin sikit. Beberapa jam jugak gua habiskan masa cari maklumat. Gua malas betul lah. Tapi jangan risau, sebab hujung-hujung gua bukak Facebook juga.
Tiba-tiba gua terdengar suara orang memberi salam.
"Assalamualaikum"
Gua bangun, dan terus keluar bilik, menuju ke pintu rumah. Ada beberapa orang brader kat pintu depan. Masing-masing pakai kopiah dan songkok. Berikut adalah sesi perbualan kami:
A= Brader kopiah.
B= Gua.
A= Kami dari surau Kolej Cempaka. Ni saya ada bawa risalah untuk diedarkan kepada semua pelajar muslim, untuk bersama-sama datang ke surau sepanjang minggu ni. Ada beberapa program akan diadakan.
B= Oh yeke..
A= Rumah ni, ada berapa ramai Muslim ye?
B= [berfikir] Err... Rasanya, sorang je kot..
A= Sorang je ye? Nah, nanti risalah ni bagi kat dia ye.
*suasana sepi seketika*
B= Oh okey. Thanks.
Brader pakai kopiah berlalu pergi dengan wajah selamba. Gua masuk bilik, gua pandang cermin. Lepas tu gua terus pakai kain pelikat.
P/S: Pedih jugak. Brader pakai kopiah pun pandai nak gurau kasar dengan gua,kan?