[satu]
Zaidi merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di pinggir Kuala Lumpur. Kerana isterinya merupakan seorang doktor dan amat sibuk, setiap hari Zaidi terpaksa mengambil anak mereka dari sekolah. Anak mereka baru masuk darjah satu dan masih belum biasa dengan dunia luar. Berkali-kali Zaidi berpesan kepada anaknya untuk tidak menumpang kenderaan orang lain. Pada suatu hari, kerana sibuk membantu salah seorang pelajarnya menyiapkan projek tahun akhir, Zaidi telah terlewat untuk ke sekolah anaknya. Kerana risaukan sesuatu terjadi pada anaknya, Zaidi dengan segera memecut laju keretanya keluar dari kawasan universiti untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah.
[dua]
Semasa waktu rehat tengahari, Razak seorang pemandu bas yang kekenyangan telah terlena di dalam basnya. Dia telah mengunci jamnya pada pukul 1.00pm. Tetapi, tanpa Razak sedari, dia telah terlajak tidur sehingga jam 1.30pm. Razak cuak, mengetahui ramai penumpangnya hari ini akan marah-marah kerana bas yang mereka tunggu tiba lewat.
[tiga]
Kerana sepucuk surat, habis kecoh satu universiti mengatakan Daniel dan Suzana menjalin hubungan cinta. Sedangkan Daniel langsung tidak tahu menahu tentang surat tersebut. Kebingungan dan malu, Daniel cuba menceritakan situasi tersebut kepada rakan karibnya, Ikram semasa mereka berjalan kaki pulang dari kuliah. Pada mulanya Ikram kelihatan terkejut dengan cerita Daniel. Tetapi selepas beberapa ketika, Ikram tidak dapat lagi menahan ketawa. Dia ketawa berdekah-dekah sambil menepuk-nepuk bahu Daniel. Sebenarnya, kata Ikram, dia lah yang menulis surat itu bagi pihak Daniel dan menghantarnya kepada Suzana. Daniel berasa terkejut, lalu menyumpah-nyumpah Ikram kerana seumur hidupnya, dia tidak pernah dimalukan begitu rupa. Di bahu jalan itu juga, Daniel mengejar Ikram yang masih tidak berhenti-henti ketawa. Sesekali Ikram cuba lari ke tengah jalan.
[empat]
Rosman dan Salina telah kehilangan bapa mereka sejak dua tahun yang lalu kerana kanser. Sejak dua tahun lalu juga, setiap hari Rosman lah yang diamanahkan untuk menjemput dan menghantar adiknya, Salina ke sekolah. Namun kerana demam, pada suatu hari Rosman berpesan kepada adiknya supaya pulang menaiki bas.
[satuduatigaempat]
6 Oktober 2001- Seorang pelajar sekolah perempuan maut setelah dilanggar sebuah kereta yang sedang memecut laju ketika pelajar malang tersebut sedang menunggu bas untuk pulang ke sekolah. Pemandu kereta tersebut, Mohd Zaidi Ali membuat pengakuan bahawa dia memandu laju dan cuba untuk mengelak dua orang remaja yang sedang bergurau di bahu jalan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke tempat menunggu bas di hadapan sebuah sekolah menengah. Mangsa, Salina Abu meninggal di tempat kejadian. Rakan-rakan Salina mengatakan bahawa bas yang ditunggu Salina sepatutnya telah tiba setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku.
* * *
Nampak tak?
Betapa benda-benda kecil, yang dianggap sampingan mampu menyumbang kepada sesuatu peristiwa yang memberi kesan kepada pihak-pihak yang lain.
Tak, lupakan dulu soal konspirasi dan kebetulan kerana kita sedang bercakap tentang ketentuan takdir. Betapa teliti jalan cerita diplot oleh Tuhan bagi setiap partikel yang berada di muka bumi. Dan bagaimana cerita yang complicated ini, berkait pula dengan cerita dipihak yang lain.
Kita seolah berada di pentas dunia, di mana kitalah pelakon, kitalah penonton, kita pengkritik, kitalah semua. Bezanya, tidak seperti pementasan yang didahulukan dengan latihan, kita hanya melalui satu babak sekali seumur hidup. Sifat azali manusia membenarkan kita untuk melakukan kesilapan, menyebabkan wujudnya satu babak hitam dalam hidup kita. Tapi seburuk mana pun babak itu, pementasan tetap diteruskan. Tiada ulangan semula. Tiada peluang untuk Zaidi, Ikram, Rosman untuk kembali ke masa lalu. Yang ada cuma satu.
Penyesalan.
p/s: You don't love a girl for her beauty. You love her because she sings a song only you can understand.