Tempat- Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Masa- Jam 2.30 am.
Maternity doctor yang bertugas pada malam itu membuka sarung tangan getahnya lalu membasuh tangan. Sejurus selepas itu, dia membuka pintu bilik bersalin dan segera menuju ke arah seorang lelaki 30-an yang kelihatan seperti tidak tentu arah.
"Tahniah, anak lelaki,"
Kata doktor tersebut sambil menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. Lelaki itu tidak segera masuk ke dalam wad bersalin. Jenis takut darah.
"Kami juga telah keluarkan janin yang meninggal masa dalam kandungan. Kasihan. Sifatnya belum cukup sempurna. Mungkin ketahanannya pun kurang. Sebab itulah dia meninggal masa dalam kandungan lagi. Kalau tidak, dapat anak kembarlah encik. Apa pun, tahniah," kata si doktor lagi.
Setelah sekian ketika, matahari kelihatan sudah terbit. Lelaki takut darah mengambil semangat untuk masuk ke dalam wad. Lelaki takut darah melihat isterinya terbaring di atas katil. Di sebelahnya pula, seorang bayi yang baru berusia beberapa jam.
Diangkatnya bayi itu, lalu berdiri menghadap kiblat. Disuakan telinga bayi itu ke mulutnya, lalu azan dialunkan ke telinga bayi itu. Setelah diazan, bayi itu diletakkan semula ke tempat asalnya.
"Nak bagi nama apa ni bang?" kata si isteri, tersenyum.
"Err..." lelaki takut darah cuba berfikir.
"Apa kata kalau encik bagi nama gempak-gempak sikit. Kalau boleh, bagi nama yang bunyinya bukan bunyi Melayu. Senang sikit orang nak ingat," tiba-tiba kelihatan si doktor masuk ke dalam wad.
"Contohnya?"
"Contohnya, Didier Drogba ke..."
Piapppp!!
Tuan doktor kelihatan keluar wad sambil menggosok-gosok pipinya dan terus menuju ke kedai lalu membeli akhbar Utusan Melayu, seperti tiada apa-apa yang berlaku.