Dah lama betul gua tak berkomunikasi dengan menggunakan handphone sejak kebelakangan ini. Gua dah mula abaikan handphone gua. Kadang-kadang gua buat tak tahu kat mana handphone gua tu nak pergi. Suka hati dia la nak duduk bawah katil ke, nak menyorok dalam laci ke. Sedih jugak handphone gua masa tu. Kalau dia pandai tulis karangan, mesti dia nak tulis karangan format UPSR bertajuk "Saya sebuah telefon bimbit". Macam haram punya karangan. Pihak kementerian pelajaran kena ambil serius isu karangan autobiografi macam ni. Emo semacam, tak baik untuk emosi kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kerana tak mahu handphone gua tulis karangan sebegitu, gua mula layan baik-baik handphone gua. Pergi kelas mesti bawak handphone. Boring-boring dalam kelas, boleh main game. Tak pun, boleh gua bluetooth gambar cizi wejes kat kawan-kawan. Tak dapat makan, tengok gambar pun jadi la.
Masa kat bilik, gua cari earphone. Baru boleh dengar radio. Dah jumpa earphone, gua cari-cari channel. Seperti biasa, gua cari 4 channel paling biasa yang gua akan dengar kalau masuk kereta. Mix.FM, Hitz.FM, Hot.FM dan Era.FM. Tapi kerana gua tak berapa faham bahasa Inggeris, gua lebih banyakkan dengar Hot dan Era.
Menariknya, semasa gua layankan Din Beramboi mengarut kat Pagi @ Era, iklan-iklan antara lagu masa tu sibuk mempromosi sejenis peraduan dekat radio Era yang diberi nama 'Jangan Lupa Nyanyi'. Syarat senang, lebih kurang macam 'Jangan Lupa Lirik' kat Estero tu. Selepas lagu dihentikan, pemanggil kena sambung lagu itu dengan 4 patah perkataan. Kalau betul liriknya, pemanggil akan menang sejumlah wang. Kalau salah, jumlah wang itu akan ditambah RM200 untuk pemanggil seterusnya. Masa gua dengar itu hari, ada sorang makwe bengap ni tak dapat jawab. Gua dah terjerit-jerit dalam bilik, kasitau lirik yang betul. Tapi makwe bengap ni hanya mampu tergelak-gelak gedik. Jadi, atas kebengapan beliau, wang terkumpul masa tu menjadi RM1800. Nafsu gua dah membuak-buak. Gua capai handphone Celcom, gua dail nombor telepon Era.
Rupanya, susah betul nak tembus talian Era ni. Tiap kali dail, mesti 'network busy'. Gua cuba lagi. Masih, network busy. Gua tak putus asa. Bak kata abang-abang MLM, kalau nak kaya ni mesti rajin berusaha. Memang gigih betul gua berusaha itu jam. Jari gua laju memicit-micit henpon. Call, end, redial. Call, end, redial. Gua tekan laju-laju. Dan berkat kegigihan gua,
*Truuutt... Truuuutt...*
Aik? Dapat!! Gua dah tersengih-sengih. Bukan senang nak tembus talian telefon stesen radio ni. Dan gua memulakan bicara bila panggilan dijawab. Gua dah mula goyang. Ini kali pertama suara gua masuk radio. Suara mesti cover. Satu Malaysia dengar ni.
"Hello..."
Suara control. Confirm lah, makwe-makwe tengah menggelupur dengar suara gua ni jam.
"Hello.. Hah, ni kenapa tiba-tiba telefon ni?"
Eh? Suara macam kenal. Gua tengok nombor yang tertera pada skrin.
"Err.. Tak ada pape. Saja je telefon. Mama sihat?"
T_T