Sunday, February 28, 2010

Teori kekalahan Chelsea kepada Manchester City, dan kesan-kesannya terhadap kehidupan sosial anak muda masa kini serta tahap market individu.

Selepas kalah kepada Inter Milan, malam tadi Chelsea kalah pula kepada Manchester City. Rekod sebelum ini, Manchester City tak pernah menang di Stamford Bridge. Dan kali terakhir pemain Manchester City menjaringkan gol di Stamford Bridge ialah pada tahun 2000, di mana pemain City, Paul Dickov telah terpijak kulit pisang semasa menggelecek bola lalu menyebabkan dia terjatuh dan kakinya tertolak bola ke gawang Chelsea. Penjaga gol Chelsea masa tu pula sedang menjawab telefon dari sekolah anaknya, kes anak gaduh kat asrama sekolah.

Tapi itu cerita dulu. Tahun 2000, masa tu Roman Abramovich pun baru kerja kat stesen minyak abah dia. Beberapa tahun lepas tu, Abramovich dah kaya hasil join MLM, dia pun beli sebuah kelab di London yang bernama Chelsea. Dia ternak pemain yang bagus-bagus, beli pemain mahal-mahal, lantik jurulatih hebat-hebat, lepas tu duduk kat kerusi penonton VIP sambil makan mee goreng mamak.

Hasilnya, Chelsea menjadi satu-satunya team jahat antara Big 4. Iyalah, kalau satu pasukan biru yang hebat dan mampu kalahkan pasukan merah yang lain, orang panggil la team jahat atau team pengacau kedudukan liga (contoh team jahat sekarang: City). Tanpa Abramovich sedari, kerana hasad dengki pakcik-pakcik kaya, satu konspirasi jahat telah dirancang untuk menjatuhkan Chelsea.

Konspirasi yang dianggap licik seperti konspirasi pihak Freemason ini bermula dengan John Terry, Wayne Bridge dan Ashley Cole. Pengurus Southampton dan Arsenal pada masa itu masing-masing disogok dengan beberapa kotak budu untuk menjual Wayne Bridge dan Ashley Cole kepada Chelsea yang sedang mencari bek kiri utama pasukan.

Kenapa? Kerana perempuan. Pada masa itu, Bridge sedang cuba mengayat model Italy, Vanessa Perroncel dengan menggunakan Maxis Supersavers, manakala Cole pula sibuk berbalas mesej dengan penyanyi British, Cheryl Ann Tweedy. Perroncel dan Tweedy adalah antara makwe-makwe yang hot, menggiurkan dan mampu menjadi aset dalam konspirasi ini. Ya, mereka jualkan Perroncel dan Tweedy kepada Chelsea, bukannya Bridge dan Cole.

Plot yang dirancang dalam konspirasi ini cukup teliti. Walaupun pada masa itu Perroncel masih dengan Bridge, beberapa kejadian 'kebetulan' dan romantis terjadi antara John Terry dengan Perroncel semasa ketiadaan Bridge. Romantik ala-ala drama Korea. Tidak, ianya bukan kebetulan, tetapi dirancang. Hasilnya, secara tidak sengaja dan tanpa niat, John Terry telah terbuka baju Perroncel dan wanita itu pula tertarik seluar John Terry di bilik murah sekitar Chow Kit Road. Tetapi rahsia itu berjaya disimpan oleh mereka selama ini. Tak baik kecoh-kecoh, malu kat orang kampung, bak kata Terry. Beberapa tahun kemudian, Manchester City telah dibeli oleh sekumpulan Pak Arab kaya dan Wayne Bridge telah dibeli oleh Pak Arab. untuk menyertai City. Mengikut plan konspirasi ini, Wayne Bridge sudah tidak diperlukan di Chelsea. Misi tercapai, skandal telah tercipta. Sekarang, hanya tunggu untuk dikantoikan oleh pihak wartawan.

Tetapi apa guna Mama Juwie ambik jurusan 'mass comm' kalau tak kantoi kes-kes besar macam ni, kan? Hasil siasatan Mama Juwie, nah, kantoi sudah. Menggelabah juga Terry nak explain perkara sebenar kepada anak-anaknya bila anaknya tanya, "Abah, Harian Metro ni kata abah pernah 'meniduri' perempuan lain. 'Meniduri' tu apa bah? Macam yang abah selalu dodoikan Boboy tu ye?"

Dah, gua malas nak cerita panjang-panjang. Gua pendekkan je. Hasil konspirasi itu, sehingga kini Bridge dah tak nak kawan dengan Terry. Sikap tak mahu berkawan ini kita dapat tahu apabila Bridge mengumumkan untuk tidak bermain dalam satu skuad dengan Terry dalam pasukan piala dunia England di Afrika nanti.


"Ah, tak nak kawan!!"- Wayne Bridge (baju putih) kepada Terry

Keputusan Bridge untuk memutuskan tali persahabatannya dengan Terry telah merobek (macam cilaka, merobek) hatinya. Lebih-lebih lagi, hanya kerana seorang perempuan. Semasa perlawanan Chelsea-Manchester City semalam, Terry kelihatan kurang fokus dan sering membuat muka berdosa. Kesannya, dua pemain City, Carlos Tevez dan Craig Bellamy masing-masing telah menjaringkan dua gol atas kealpaan Terry. Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard pula cuba untuk menarik perhatian, membalas dengan dua gol. Manakala dua pemain Chelsea telah dibuang padang iaitu Belletti dan Ballack. Dua penalti telah diberikan sepanjang perlawanan. Ya, perlawanan ini dipenuhi dengan angka 'DUA'.


"Eh, lu baik sikit. Jangan nak adjust awek gua pulak lepas ni. Macam hensem sangat!" -Carlos Tevez kepada Terry. Terry malas nak cakap apa-apa.



Kalau ikut gua, abang ni lagi hensem. Market tu...


P/S: Eh? Gua dah cerita pasal Ashley Cole ke? Hahaha lupa pulak. Dah, gua malas nak bagitau. Cerita dia dengan bini dia, Cheryl Cole lebih kurang je dengan cerita Terry ni. Kes curang dalam percintaan. Google sendiri la! Itu pun mau gua bagi ke? Apa guna bayar broadband bulan-bulan?


P/S/S: Kat bawah blog gua ni ada playlist. Baru letak semalam. Kalau lu orang klik kat lagu, akan ada bunyi orang nyanyi-nyanyi. Tapi bukan gua la yang nyanyi. Gua mana pandai nyanyi.
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

mus said...

gua rock..so gua nk komen r nie.....gempak r citer lu....plot ada...gaya bhasa...penggunaan ayat yg sesuai....gua bg 4*..

eJAI said...

abramovich mane ternak pemain...die beli bundle je sume...hahaha