Thursday, April 29, 2010

Mari kita belajar menggunakan perkataan 'segelintir', okey sayang?

Semasa abah gua buat part time jadi pemandu teksi dulu, seorang kenalan telah membuat statement yang sangat menyinggung hati abah gua. Kebetulan pada masa itu, mereka sedang berbual di depan televisyen yang menyiarkan tentang sikap pemandu teksi yang suka 'cekik darah', jenis tak nak guna meter dan cas pelanggan dengan harga yang terlalu tinggi. Kenalan ini, seorang yang berjawatan tinggi dan kaya-raya, menceritakan pengalaman dia naik teksi kat KL. Gua rilek-rilek makan cekodok depan TV sambil dengar mereka berbual.

"Memang, sekarang dekat KL, mana-mana teksi pun sama. Cekik darah la diorang ni. Semua nak kaya cepat lah tu!"

Gua yang dengar ayat pakcik tu, rasa terkejut dan marah. Mungkin dia terlupa yang abah gua juga pemandu teksi, atau dia sengaja nak perli abah gua. Nyaris juga gua nak baling seketul cekodok ke mulut dia. Masa tu gua tengok, abah gua terdiam. Sentap hati orang tua gua.

Nak tahu apa pekerjaan pakcik yang kononnya mulia ini? Dia seorang polis berjawatan tinggi. Dia, seorang polis, kutuk pemandu teksi. Dan kerana ada perkataan 'semua', bapak gua terkena tempias kutukan pakcik ini.

Gua nak tanya:

"Siapa tak pernah kutuk polis, angkat tangan"?

Tanya sahaja kepada sesiapa, siapa yang tak pernah dengar cerita buruk tentang polis? Paling sering kita dengar, pasal korupsi dan rasuah. Kita masing-masing ada pengalaman sendiri.

Dan sekarang, dah kecoh satu Malaya, sekali lagi pasal kes polis. Gua malas nak cerita panjang-panjang. Google saja "Norizan Salleh Oktober 2009" dan kalau jenis tak cukup duit nak beli surat khabar, Google juga "Aminulrasyid Amzah April 2010".

Apa yang gua tahu, seorang anggota polis yang bertauliah tidak boleh mengeluarkan senjatanya apatah lagi untuk mengacu kepada orang awam, melainkan polis tersebut telah diserang. Dan tembakan tidak boleh dilepaskan selagi individu itu tidak memegang bersenjata. Ini adalah apa yang gua tahu, sila betulkan kalau salah.

Dua kes ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Gua pun baru sedar tentang hal ini apabila tengok ramai kawan-kawan Facebook gua join group yang ingin menuntut keadilan bagi pihak keluarga mangsa.

Tapi apa yang gua nak utarakan dalam hal ini ialah; apa kata kalau kita jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

"Ah, semua polis memang tak guna!"

"F**k Polis!"

"Patut la anak depa tak masuk diajar. Bapak pun kuang ajaq"

"Bukan Polis Di Raja Malaysia, tapi Polis Raja Di Malaysia!"

Dengan 'menjenamakan' semua anggota polis sebagai 'bersalah', kita sebenarnya telah menyinggung banyak pihak. Seorang pesara polis, atau anak-anak polis contohnya.

Dan kes sebegini telah mendorong untuk kita mengutuk polis di hadapan anak-anak kita. Bayangkan, apabila imej polis telah dicemarkan dengan mentaliti rakyat tipikal sebegini, akan berkurangnya generasi masa hadapan yang berminat untuk menjadi pelapis polis, menggantikan yang lama. Pada masa itu, semasa negara kita diancam dengan pelbagai jenayah atau musibah, akan berlaku kekurangan bantuan dari pihak polis.

Kenapa? Kerana tiada yang berminat untuk menjadi polis.
Kenapa? Kerana risau tidak diterima masyarakat.
Kenapa? Kerana masyarakat benci polis.
Kenapa? Kerana polis kejam.

Kenapa polis kejam? Nah, di sini silapnya. Itu adalah masalah sesorang individu, bukan seluruh PDRM itu sendiri. Seorang polis yang zalim, menyalahguna kuasa, korup dan sebagainya, itu bermakna niat mereka dah tak betul. Polis sebegini yang kita perlu hapuskan, jangan disimpan. Gunting dalam lipatan. Mencalarkan imej polis.



Masih ingat dengan gambar ini?


P/S: Pakcik, jangan la kutuk semua pemandu teksi lagi. Terasa abah I taw... Benci lah!
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Puan Anim said...

hehe..kan dh kena! pdn muka itu polis..berani btul bt kutukan kt blog weh..aku pun nk wat gk..kutuk2 polis..tp kurang keberanian lg

Encik Akmal said...

wakaka.. tak payah ar kutuk polis. kena tembak kang. aku tak kutuk pun, aku bekap je.. keh keh keh...