Berikut adalah kisah teladan. Perbuatan jenayah dalam cerita ini tidak patut ditiru oleh adik-adik yang baru nak 'up'. Kisah teladan ini juga menerangkan kenapa ramai anak polis banyak buat hal masa kat sekolah. Banyak makan duit haram agaknya.
2.50am:
"Turun jap"
SMS ringkas seorang kawan yang mengetahui bahawa gua belum tidur.
2.52am:
Gua turun, dan terlihat si kawan sedang bergayut. Gua lepak sebentar. Sambil-sambil itu, gua belek-belek handphone gua. Terima satu mesej dari kesayangan. Tapi gua malas nak reply. Konon merajuklah. Cis, macam gadis-gadis pula nak kena merajuk-merajuk ni. Tapi takpe, gua nak dia tahu yang gua tak main-main kalau marah. Hotlink Supersavers gua ada lagi 57 minit.
3.00am:
Si kawan habis bergayut. Baki Hotlink Supersavers, gua sedekahkan kepada seorang brader untuk menghubungi makwe beliau. Rasa cemburu tengok kawan-kawan ada makwe. Seronok sangat bergayut lama-lama ni agaknya. Gua cuma berbual kosong dengan si kawan. Si kawan sambut hari jadi hari ini. Hampir separuh makwe kat muka bumi ni ditelefonnya.
4.10am:
Si kawan mengajak gua minum. Kerana gua tak mahu menjadi seorang yang membosankan, gua terima ajakan si kawan. Lagipun, hari ini hari jadinya. Boleh gua belanja dia minum sekali.
4.25am:
"Wah, bestlah Mai bawak kereta malam-malam macam ni. Kereta tak ada langsung, tak payah tekan-tekan brek."
Kata si kawan sambil menekan minyak kereta. Gembira. Lampu trafik merah pun dilanggarnya. Gua rilek sahaja, sambil layan Sinar FM.
4.26am:
"Alamak, polis lah Mai!!! Ko ada bawak lesen kan? Tukar tempat dengan aku cepat! Aku takde lesen ni!"
Kata si kawan. Gua buat tak tahu, kerana anggap dia bergurau. Tapi tak lama lepas itu, dia pasang signal lalu berhenti di bahu jalan. Gua toleh ke cermin sisi. Kereta polis dah pasang lampu biru. Oh demm! Memang tak sempat nak tukar seat ni.
4.30am:
"Tunjuk IC dan lesen"
"Err.. Saya takde lesen la bang. Ini pun lesen motor je ada."
"Ni macam mana nak settle ni? Kalau aku saman kau, memang kena RM600 ni. Pasal kau langgar lampu isyarat tadi, aku kira settle. Tapi masalah sekarang, kau tak ada lesen ni"
"Alah bang, tak ada cara boleh settle sini ke?"
"Dah, kau tak payah banyak cerita. Kau belanja aku duit minum RM50, kira settle."
"Saya tak ada duit ni bang. Ada 20 je."
"Tambah lagi RM10. Ni kalau aku saman ni, lagi banyak kau kena"
"Mai, ada lagi RM10?"
"Korang masuk kereta, keluarkan duit. Jangan keluarkan kat sini, nanti orang nampak. Cepat sikit"
4.50am:
Sampai ke kedai mamak Maju Ahmad. Si kawan tak habis-habis mencarut kerana baru sahaja membelanja abang polis duit minum sebanyak RM30. Ane kat mamak tu pula pergi pasang lagu Tamil dari handphone Sony miliknya. Sambil-sambil dengar lagu Tamil, gua dengar si kawan mengutuk polis. Susah juga nak bagi komitmen. Jam 5.20am, kami beransur pulang. Meninggalkan ane dengan lagu Tamilnya.
5.45am:
"Mai b**i la polis f**k la polis p**i la polis p**i la.. F**k geram ada, lawak pun ada hahaha"
SMS ringkas kawan gua yang mengetahui bahawa gua belum tidur.
Settle.