Wednesday, May 12, 2010

Hari ni gua tengah baik. Gua ingat nak belanja orang. Seriesli.


Ada siapa-siapa mahukan haiwan peliharaan yang tidak haram disentuh, tidak membawa wabak selsema dan lincah?



Ciri-ciri:

-Baru berusia dalam 3 bulan lebih.
-Nama pun tak ada lagi.
-Tak banyak songeh.
-Tidak merokok.
-Gua dah asuh supaya beradab.
-Condition tip top. Suka main.
-Kelajuan larian yang mengejutkan.
-Kadang-kadang faham bahasa Melayu.
-Kalau diasuh dengan baik, mampu shuffle dan pandai bercakap.
-Tidak pandai memasak makanan sendiri.
-Makan simple. Kadang-kadang je buang tebiat, mintak Mekdonel.
-Susah nak ditangkap, tapi kalau kena tangkap terus diam.
-Design baru ni, 2 ekor kelabu, seekor oren. Ekor lurus.
-Kuku hanya digunakan pada kotak/kertas surat khabar, bukan pada kulit manusia.
-Kacukan, abah dia jenis kucing kaki kontot, bulu dan ekor panjang, mama dia pulak kucing kampung biasa.


[,]


Famili gua nak pindah rumah hujung minggu ni, jadi mama gua dah buat keputusan untuk memberi sahaja mereka-mereka ni semua kepada yang berminat. Sebenarnya gua ada 10 ekor kucing, tapi sekarang tinggal 7 setelah 3 ekor telah pun mendapat tuan baru. Tapi yang 4 ekor ni, (kucing lelaki besar, kucing betina besar, dan 2 ekor kucing betina remaja) gua ingat nak hantar je dekat pusat haiwan. Diorang pun dah besar, dah boleh jaga diri masing-masing.

Yang 3 ekor gua nak bagi ni pulak masih kecil, jadi gua rasa tak sampai hati nak buang atau hantar ke pusat haiwan. Elok kalau lu orang ambik, buat haiwan peliharaan. Jangan pulak ajar dia lompat atas api macam dalam sarkis.

Oh lagi satu, diorang ni free termasuk sangkar (beserta sedikit tahi, kalau langkah kiri).


p/s: Kepada siapa-siapa yang berminat, bolehlah letak komen kat bawah untuk gua kontek lu orang. Nanti boleh gua ajak datang rumah. Sambil-sambil ambik kucing tu nanti, boleh la tolong gua angkut peti ais bawak masuk rumah baru. keh keh keh...
Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

Anonymous said...

aku mok!
aku mok!
grrr

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

takmo.aku nak peti ais je.hahahaha

Encik Akmal said...

@Anon-Leo: sempat gik nya tok komen..

@PMJ: kalo aku letak kucing tu dalam peti ais okey tak? pastu bagi ko.