Thursday, June 3, 2010

Siri misi kemanusiaan ke Kuala Kangsar Episod 1: Panggilan outstation...

Selepas penat pulang dari tempat kerja, saya beristirehat bersama keluarga (abang) di rumah (abang) saya.

Selesai sahaja buka stokin, saya terus menuju ke arah abang saya, dan menceritakan kepadanya tentang perihal elaun yang saya dapat dari pihak finance pejabat pada pagi tadi.

Saya mengeluarkan kepingan wang tersebut, sambil tersengih-sengih merencana rancangan barang-barang yang akan saya beli.

"Yang ini aku nak buat donpeymen rumah 2 tingkat la. Yang ini pulak aku ingat nak angkat Mini Cooper. Lepas tu yang ini pulak aku nak belikan mama TV LCD untuk rumah baru. Yang belen ni aku nak simpan, buat pergi haji atau buat belanja kawan yang pandai pujuk rayu."

Saya berkata seorang diri, sambil tersengih-sengih di depan TV.

"Habis, duit claim ko pulak macam mana?"

Tanya abang saya penuh prihatin. Sambil bertanya, dia sempat ambil sekeping dan menghidu-hidu bau duit milik saya itu. Tapi saya tak kisah.

"Oh ya. Campur duit elaun lagi, wah! Kaya la. Tapi lambat sikit kot baru dapat. Borang claim pun baru hantar tadi."

Kata saya sambil mengipas-ngipas diri sendiri dengan kepingan wang kertas. Saya lihat ada beberapa keping wang terjatuh ke atas lantai, tapi saya biarkan sahaja.

Sedang saya merencana rancangan pembelanjaan, tiba-tiba hati saya tergerak untuk melihat telefon bimbit yang kini sudah bersawang kerana sudah sekian lama tidak disentuh. Ada satu SMS.



Message: Mai, ko dtg opis mlm ni. Kte kne pg Kuala Kangsar.
From: Sigtech Firdaus.



Saya membaca dengan serius.

Saya fikir sejenak.











Dan saya tersengih-sengih lagi sambil memicit-micit butang keypad membalas mesej tersebut.

"Takde hal"

(bersambung...)
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: