Thursday, August 26, 2010

Perempuan, gadis, anak dara, wanita,

Dan semua makhluk berdada lebih sasa dari lelaki, sila baca ini.

Sekarang orang sibuk share link di Facebook, mengenai sekumpulan makwe yang dikatakan mempersendakan agama.

Ini link dia ---> *Sorry, link gua delete*

Kalau tak ada Facebook (macam Sehah), ini pula video yang sama dari Youtube.

*Sorry, video Youtube pun gua dah delete. Kawan gua cakap, muka diorang jelas kelihatan dalam video ni. So sebarang cubaan untuk berkongsi video ini akan dianggap membuka aib orang.*

Dah tengok? Dah baca komen-komen dekat video tu?

Okay ni gua bagi pendapat sikit.

Apa kata, kalau kita sama-sama beranggapan bahawa video ini dirakam atas tujuan untuk berhibur sesama mereka, bukan untuk ditayangkan kepada umum, dan mempunyai maksud yang tidak lebih dari sekadar jenaka.

Gua tau, benda ni tak lawak pun. Malahan, ia salah apabila melagukan zikir dengan cara sebegitu. Cuma makwe yang baju purple dan baju putih belah kanan tu je yang gelak-gelak gedik konon kelakar sangat.

Tapi, kita kena anggap bahawa manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan makwe-makwe ini ialah; mereka kurang didikan agama, kurang baca buku, Pendidikan Agama Islam dapat C, dan tak ada kawan tudung labuh yang boleh tegur diorang menyebabkan diorang tak tahu yang perbuatan diorang ni salah.

Dalam erti kata lain, kesilapan diorang ialah: TIDAK MENGETAHUI. Sedang 'si alim ulama' tengah carutkan makwe-makwe ni, sebenarnya diorang tak sedar yang makwe-makwe ini ialah mangsa situasi. Rakaman video diorang sedang 'berhibur' telah dimuat naik ke Internet oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan diorang dicaci habis-habisan.

Okey sekarang cuba kita bayangkan pula zikir dalam 'dikir barat' diorang di digantikan dengan sesuatu yang bukan zikir.

Kan nampak normal? Nampak macam sekumpulan sahabat sedang bersuka-ria, bukan?

Bagi pandangan gua, diorang ni tak ada niat pun nak 'mempersendakan agama' atau 'mengguris hati sesuatu penganut agama dengan perbuatan-perbuatan biadab'.Jadi, tak perlu lah nak mengamuk sakan ye pak lebai-pak lebai semua. Ini hanyalah kesilapan luar sedar. Semua orang pernah/akan lalui benda ni.

Alah, macam la masa kecik-kecik dulu lu tak pernah buat benda yang hampir sama. Bila ustazah tegur, baru lu tau yang benda tu salah, kan?

[ , ]

Sekarang, bercakap pasal kesilapan luar sedar.

Lu orang perasan tak, kebanyakan yang melakukan kesilapan luar sedar ini ialah perempuan? Video di atas contohnya.

Contoh lain, seorang wanita tinggalkan anak dalam kereta untuk ke kedai, dengan kunci masih dalam kereta. Lepas tu anak ter'lock' pintu dari dalam. Lepas tu bila orang ramai nak tolong pecahkan tingkap, dia larang sebab itu kereta baru. Lepas tu terhegeh-hegeh telefon suami mintak kunci pendua.

Gua tak ingat dari mana gua dapat cerita ni.

Contoh lain, bila teman wanita buat perangai. Mereka akan melalui satu fasa dalam hubungan, di mana mereka mula bosan dengan teman lelaki, senang marah-marah, menggatal dengan lelaki lain, ada skandal and so on.

Contoh lagi? Kita ambil contoh paling mudah iaitu video 3gp porno. Perasan atau tidak, kebanyakan video 3gp porno buatan tempatan, yang kelihatan hanya wajah perempuan. Kerana dah tahu yang video itu akan berpindah tangan, si lelaki sengaja tak nak rakam wajah sendiri.

(Kan dah kantoi gua tengok porno. Padan muka gua.)

Semua ini, ialah kesilapan luar sedar. Orang akan kata 'Bodohlah dia ni'. Tapi satu perkara penting yang kita terlupa, mereka juga adalah mangsa.

Sekarang, ramai yang akan kata:

"Eh, jadi awak nak kata kami perempuan ni bodoh lah ye Encik Akmal? Awak sedar tak, emak awak juga perempuan? Kakak awak juga perempuan? Statement awak bias."

Sekarang gua nak bagitau tentang dua benda:

Satu, orang lelaki ni, sebelum buat apa-apa dia akan fikir dulu baik buruk. Apa untung, apa faedah, apa ruginya. Bukan gua kata. Buku psychology yang kata. Wanita pantas buat keputusan, tapi barai. Lelaki pula teliti dalam membuat keputusan. Tapi efektif. (kebanyakan ye, tak semua.)

Dua, cuba lu bandingkan kesilapan yang sama dilakukan oleh budak lelaki. Mesti lu kata tak kata itu satu 'kebodohan', tapi lu akan kata itu satu 'kenakalan budak lelaki'. Kan? Sebenarnya, mentaliti kita yang bias.

P/s: Kepada makwe pakai baju purple dalam video tu, lain kali kalau ada orang nak rakam video awak, awak buat muka senonoh sikit ye sayang?

P/s/s: "Dan ingatlah, fikiran pelita hidup kita" - Ini bukan gua yang cakap, tapi Sang Kancil dalam siri video 'Hikayat Sang Kancil' yang cakap.

P/s/s/s: Gua dah update senarai kawan-kawan gua yang ada blog. Sila check bahagian 'Kawan' kat belah kanan tu.

P/s/s/s/s/s/s/s: hik hik hik.. *gelak gedik*

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: