"Macam mana, Akmal? Okay tak menu hari ni?"
Tanya Miss Ika yang dari tadi sibuk ke hulu ke hilir. Maklumlah, Miss Ika merupakan salah seorang penganjur majlis.
"Okaylah. Saya pun dah lama tak makan banyak macam ni. Nanti boleh la pihak fakulti anjurkan lagi, kan Prof?"
Balas gua sambil tepuk-tepuk bahu Dekan. Dekan gelak-gelak kat sebelah gua. Timbalan Dekan yang duduk bertentangan dengan kami masih berusaha menghabiskan nasi beriyani di pinggannya.
"Eh, okaylah Prof, Dr, dan Mr. Ng. Saya nak duduk dengan kawan-kawan saya pulak. Kalau biarkan lama-lama nanti, saya khuatir diorang mengumpat pula pasal saya."
Gua meminta izin untuk beralih meja. Dekan, Timbalan Dekan dan Mr Ng angguk-anggukkan kepala.
"Woi, apa perbincangan kau dengan Prof tadi? Macam serius je."
Soal Leo yang datang dengan membawa pinggan. Gua tengok dalam pinggan tu cuma ada sepotong betik. Jo dengan pantas mengambil betik tersebut, lalu dimasukkan ke mulutnya. Leo hempaskan pinggan ke atas lantai tanda protes. Jo hanya membalas dengan satu sendawa yang agak kuat.
Gua geleng kepala.
"Tak ada apa. Diorang nak ajak aku main snuker lepas majlis berbuka ni."
Kata gua selamba sambil membalas SMS "Hai, ngah watpe? leh kenal?" dari nombor yang tidak dikenali. Gua taip "Tengah bukak puasa ni woi. Kat sana belum puasa ke?" lepas tu gua tekan butang send.
"Habis tu ko jawab apa kat Dekan?"
Tanya Jo pula.
"Aku kata aku nak pegi tarawikh malam ni."
Kata gua sambil menutup kotak kurma Yusuf Taiyoob. Isi kandungannya masih banyak, tapi sengaja gua tutup supaya tak kehabisan.
Semasa majlis penyampaian hadiah untuk peserta-peserta yang menyertai aktiviti yang dianjurkan fakulti berlangsung, gua, Leo, Doe dan Jo segera beredar.
***
Di bilik, gua tersengih sorang-sorang sambil mengira bilangan kurma Yusuf Taiyoob yang tinggal.
Benda mahal beb, siapa tak nak kan?