Masa tu gua baru darjah empat. Tahun 1998 ialah tahun di mana budak-budak sekolah diwajibkan bawak guli, gasing dan pemadam dalam poket. Zaman tu, sticker Alien Workshop belum top lagi.
Ceritanya bermula pada suatu hari yang normal, di mana gua tengah sibuk picit-picit pemadam dengan kutu-kutu lain kat meja paling belakang kelas 4 Mawar. Susunan kelas mengikut IQ tertinggi dimulakan dengan kelas Mawar, diikuti dengan Melur kelas kedua, Kenanga sebagai kelas ketiga, dan Orkid merupakan kelas paling banyak kerusi patah.
Iya, masa tu belum ada lagi nama kelas seperti Alpha, Beta, Gamma, Al-Bukhary, Padeli, dan banyak lagi nama-nama canggih.
Kelas gua agak bising ketika itu kerana Cikgu Matematik iaitu Cikgu Mazlan masih belum kelihatan. Cikgu Mazlan ialah antara cikgu muda yang paling garang ketika itu. Cikgu Mazlan juga suka minum teh tarik di kantin sekolah. Mungkin itu adalah salah satu sebab dia terlambat masuk kelas pada hari itu. Oh ya, perlu diingatkan, pada masa itu masih belum Ramadhan. Jangan nak tuduh Cikgu Mazlan yang bukan-bukan.
Tiba-tiba kelas gua yang riuh rendah kerana ketiadaan guru itu menjadi sunyi sepi. Yang main lari-lari dah terpaku di tepat masing-masing. Yang dari tadi kencang berborak cepat-cepat buka buku. Hanya kedengaran bunyi bola ping-pong terjatuh ke atas lantai.
Rupa-rupanya ada seorang cikgu perempuan masuk ke kelas gua. Dia hanya datang dengan membawa sehelai kertas dan sebatang pen.
"Saya nak tanya, kelas ni ada tak pelajar yang pandai melukis?"
Kata cikgu perempuan itu sambil mencekak pinggang.
"Oh, ada ada! Haziatul, cikgu! Dia suka melukis"
Kata beberapa orang pelajar perempuan.
"Hah, eloklah. Haziatul mana? Mari datang depan sini, tulis nama dekat kertas ni. Saya nak dua orang. Ada lagi tak yang pandai melukis? Kalau boleh, saya nak wakil lelaki."
Satu kelas terdiam.
"Ada tak?"
Cikgu itu mengulang soalannya.
"Ada, cikgu. Akmal nama dia."
Tiba-tiba seorang kutu bersuara.
"Bagus. Bak sini nama penuh dia."
"Mohd Akmal Mahfar. M.A.H.F.A.R"
"[Sambil menulis nama gua] Okey, dua orang ni saya nak jumpa lepas ni. Nama kamu saya pilih sebagai wakil sekolah kita untuk pertandingan melukis sempena Sukan Komanwel tak lama lagi."
Cikgu itu kemudiannya berjalan keluar kelas. Kelas gua kembali bising.
Gua yang dari tadi hanya berdiam diri kat belakang dah mula pening. Sukan Komenwel kepala hotak dia! Pada masa itu memang gua minat melukis, tapi paling-paling pun gua lukis kepala Usop Sontorian je. Kutu yang suggest nama gua tu memang tak ada adab. Kecik-kecik dah pandai menipu. Sekarang ni entah dekat penjara mana entah.
Akan tetapi setelah dilatih untuk menjadi seorang ignorant semenjak kecil, gua masih steady main lawan pemadam tanpa menghiraukan hal tersebut. Kutu yang petik nama gua tu pun gua dah maafkan. Biasalah, umur 10 tahun mana reti nak nilai benda seni ni.
[ , ]
Selepas beberapa hari, tibalah hari pertandingan. Cikgu perempuan tadi ditemani seorang rakan guru lain menjadi guru pembimbing kami berdua (gua dan Haziatul).
Sampai di Stadium Bukit Jalil, gua dah mula rasa gelisah tengok sekeliling. Pelajar-pelajar dari sekolah lain semuanya nampak lengkap dengan alat melukis masing-masing. Pensel warna, krayon, set warna air, set berus lukisan dan macam-macam lagi.
Gua? Dengan steady, gua melangkah keluar rumah pagi tadi dengan sekotak pensel warna Luna 12 batang.
Cikgu gua dan kawan dia awal-awal lagi dah hilang. Pada hemat gua, mereka sekadar mahu berjalan-jalan dan sejak awal lagi dah segan nak mengaku sebagai guru pembimbing gua. Tapi apa ada hal. Gua masih steady membawa diri.
2 jam setengah. Itu ialah tempoh masa yang diberi untuk kami melukis. Temanya ialah Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Gua tengok sekeliling. Budak-budak lain semua dah kucar kacir mula melukis. Meja dah bersepah-sepah dengan alat lukisan. Ada yang lukis Menara Kuala Lumpur, ada juga yang lukis Bangunan Sultan Abdul Samad. Tak kurang jugak yang lukis bunga raya besar-besar.
Ah, semua dah salah konsep ni. Kalau macam ni, gua rasa gua berpotensi untuk menang. Gua dah mula susun idea. Rasanya gua dah tau gua kena lukis apa.
Lebih kurang macam ni la gua lukis.
Sebelum gua hantar lukisan ni, cikgu gua ada datang, tengok lukisan gua.
P/s: Pada hari itu, belum diorang umumkan keputusan lagi kami dah balik. Tak tahu kenapa. Mungkin cikgu gua ada hal penting.