Sunday, August 22, 2010

Hidup berahsia.

Dalam sesetengah acara, dia berbicara dengan berdiam.

Kau faham atau tidak, itu bukan masalah dia.

Itu cara dia.

Esok, bila dia datang dan menangis kerana menyangka 'malaikat' kiri dan kanan dia itu adalah pendengar setia dan dia tersilap,kau diamkan.

Kerana itu masalah dia.

Dan ini, ialah cara kau.


Masa untuk kau dan dia sama merasa telah tamat. Sedarkan itu.

Dia tersasar, kau tertinggal. Tamat.

Sedarkan itu.



Alangkah senang bila tiada janji, tiada harapan.

Aku tak perlukan itu.

Lenyapkan matahari pada esok pagi dari aku.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: