ROTTERDAM: Penyerang Belanda, Dirk Kuyt (gambar) yang dikhabarkan kecewa dengan prestasi hambar pasukan kelabnya, Liverpool, dikatakan tidak lagi berminat untuk bermain bolasepak. Khabar ini lebih ketara apabila baru-baru ini Kuyt melakukan aksi pelik sebagai tanda protes di dalam padang ketika sesi latihan pasukan kebangsaan Belanda, kata jurulatih Bert van Marwijk, kelmarin.
“Dia melakukan gerakan itu banyak kali namun lama-lama saya tengok dah makin menjadi-jadi perangai dia. Tak senonoh budak ni!” kata Van Marwijk pada sidang media menjelang perlawanan kedua kelayakan Euro 2012 menentang Finland dalam Kumpulan E di Rotterdam.
“Dia pernah bagitau kepada saya yang dia mungkin beralih karier kepada penari breakdance. Semua ini bermula apabila Kuyt digosipkan berkawan dengan remaja-remaja nakal sekitar Liverpool dan mula mempraktikkan tarian breakdance semasa berlatih dengan Liverpool. Pada mulanya saya tidak kisah, tetapi kali ini saya dah hilang sabar. Apa kejadahnya budak-budak shuffle datang kem latihan???”
Ketiadaan penyerang Liverpool itu bermakna Van Marwijk terpaksa mengharungi perlawanan tanpa seorang pun penyerang yang beraksi di final Piala Dunia ketika menentang juara dunia Sepanyol, Julai lalu.
Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben turut diketepikan daripada perlawanan menentang Finland akibat kecederaan hamstring manakala penyerang Arsenal, Robin van Persie tidak disenarai akibat kecederaan buku lali.
“Kini semua penyerang tiada, saya rasa kami akan menggunakan strategi licik, seperti menggoda pemain lawan dengan tarian separa lucah.” kata jurulatih itu lagi.
Selain itu, skuad Oranje juga akan kehilangan pertahanan kental, Khalid Boulahrouz akibat kecederaan pangkal paha namun John Heitinga kini sudah bersedia diturunkan selepas tamat penggantungan. – Reuters
Sumber: Berita Harian Online.