Wednesday, September 8, 2010

Home Alone (edisi Ramadan)

Abah dengan Mama gua pergi Cheras. Melawat atuk gua yang dah uzur. Akak gua, macam biasa kalau balik cuti, dia akan sibuk dengan aktiviti melawat rumah orang. Adik gua kerja. Rajin betul dia sekarang. Nak beli Ferrari rasanya dia sekarang. Abang gua pulak, petang nanti baru sampai dari Bangi. Rasanya sebab jalan jammed (entri ini ditaip jam 12 tengahari).

Jadi, sekarang di rumah ini hanya tinggal gua, laptop, telefon bimbit, katil, TV dan satu ruang di bahagian rumah yang dipanggil "dapur".

Sekarang gua di depan laptop. Jadi, puasa gua dianggap masih selamat.

Gua tengok telefon bimbit. Ada nombor makwe Indon. Gua padam. Nanti ter-dail, susah.

Gua buka TV. Aida Gadis Melayu sedang mengacarakan rancangan masak-masak dekat TV9. Walaupun makanan tu nampak macam sedap, tapi mata gua fokus pada Aida. Sekali lagi, puasa gua masih terselamat.


Aida Gadis Melayu, bakal menantu mak gua.



Gua tutup TV. Makruh tengok makwe lama-lama.

Gua pandang dapur.

...

.......

...........

Gua buka balik TV. Biar makruh, asal jangan batal.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: