Wednesday, September 1, 2010

Scene meriam buluh di kampung gua. Kalau boleh, adik-adik jangan terpengaruh.


"Masa Mai lalu kat simpang yang ada tanah perkuburan tu semalam, ada Mai perasan budak-budak sekolah lepak kat situ tak?"

Soal pakcik gua sambil mengambil beberapa batang buluh.

"Ada. Dalam 5-6 orang. Kenapa, Cik Zain?"

Soal gua kembali sambil memerhati pakcik gua membuat kerja dengan teliti. Parang digunakan untuk membelah buluh itu menjadi beberapa bahagian.

"Diorang lah musuh kita malam ni. Kalau Mai nak tau, sekarang ni scene meriam buluh tengah naik kat kampung ni."

Gua mengangguk.

"Kuat sangat ke meriam diorang tu? Apa, tak ada lagi ke geng-geng lain yang dapat celen?"

Soal gua lagi.

"Elleh, setakat meriam pakai tiang besi tu, Cik Zain ratah je. Diorang ingat, meriam buluh diorang je ke yang paling hebat kat Kampung Gudang Garam ni? Ini Cik Zain lah. Dulu, Cik Zain la juara meriam buluh dekat kampung ni. Tapi sengaja Cik Zain malas nak kecoh-kecoh. Ini pun Cik Zain buat sebab Mai ada. Boleh la Mai belajar sikit-sikit."

Pakcik gua berkata jelas sambil meneruskan kerjanya.

Sebab gua rasa gua dah upload banyak gambar, lebih baik kalau gua tak payah cerita banyak. Lu orang tengok je scene meriam buluh kat kampung gua ni. Enjoi.





"Isi je karbaid tu banyak-banyak. Biar berterabur orang kampung lari."
- Pakcik Zain.







Abang gua cuba nak membantu untuk setting meriam.
Tapi pakcik gua tak bagi.






Sekali lagi, abang gua cuba nak membantu.
Pakcik gua dah macam hilang sabar.







Last-last abang gua disuruh goreng ayam.








Aksi mengada-ngada depan kamera. Walaupun tinggi gua hampir mencecah pokok kelapa itu, tapi sudah jelas bahawa adik gua lebih besar dari gua.
Sebab masa kecik-kecik dulu, dia selalu pow susu botol gua.






Pakcik gua test power. Masa ni, sikit lagi gua nak tercampak pergi
kampung sebelah. Memang power betul meriam buluh ni.







Adik gua terus pura-pura tidur. Takut kena tangkap polis
sebab main meriam buluh.




**********






Okeylah, gua tipu je. sebenarnya ini bukan scene meriam buluh, tapi scene bakar lemang.



P/S: Nak balik kampung woi!!!
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: