Thursday, September 2, 2010

Balik Kampung.


"Apa barang nyanyi lagu 'Balik Kampung' kalau rumah sebelah universiti. Tak ada feel." kata Doe, rakan sekelas gua sebelum menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin.

Keretanya dipandu laju menuju ke airport. Gua mengangguk kepala, tanda setuju dengan ayat Doe sebentar tadi. Sambil-sambil itu, gua memeriksa kembali barang-barang gua. Bimbang ada yang tertinggal.

*Bunyi SMS*

[B, ble u nk smpai ni? Lme I tggu u tau! Kat cni rmai org la. Sume pdg I mcm nk mkn I je. Xpenah tgk pramugari ke?]

Gua balas;

[Tggu la jap. Gua tgh lyn lgu Balik Kampung ni. U pegi la ngorat sape2 dlu]

*Bunyi SMS*

[Mengada tau. CEPAT!]

Laju betul dia reply. Jenis tak reti bersabar.

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: