Gua terjumpa satu buku lama. Buku nota kulit keras. Buku nota ni gua beli semasa di matrikulasi. Dan kemudian gua bawa ke Unimas sebelum seorang kutu pinjam pada tahun satu. Sebelum dia tamat belajar pada tahun tiga, baru dia pulangkan balik kepada gua. Gua sendiri jarang buka buku ini. Tetapi setelah dijumpai dan gua selak-selak balik, gua terjumpa beberapa tulisan yang gua rasa tulisannya memang tulisan gua.
Ayuh baca.
----------------------------------------------
Pengerusi Hewlett-Packard Company, semasa menyampaikan ucapan yang bertajuk "Technology, Business & Our Way of Life- What's Next?" pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota.
"Pada suatu masa dahulu wujud satu tamadun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kausanya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingannya.
Perniagaannya berkembang dari Amerika Latin ke negara China. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algorithma. Konsep-konsep ini membantu ciptaan komputer dan encryption pada hari ini.
Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasa. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita.
Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah Tamadun Islam, yang berkembang dari 800-1600 Masihi."
Robert Briffault dalam The Making of Humanity pula berkata;
"Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan ke arah kemerdekaan di negara-negara Latin. Sebenarnya, konsep-konsep ini bukan ciptaan Barat. Ia sebenarnya ajaran yang terdapat dalam Al-Quran yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep ini kemudiannya mempengaruhi masyarakat Eropah. Besar kemungkinan, jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.
Eropah berjaya menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin dibantu oleh British melalui perjanjian Balfour dan resolusi PBB pada 14 Mei 1948. Sejak itu, umat Islam Palestin tidak pernah merasa kesejahteraan. Di Bosnia, ratusan ribu umat Islam dibunuh akibat kekejaman pengganas Serbia dari 1992-1995. Di Kosovo, puluhan ribu orang Islam dibunuh oleh pengganas Serbia dan lebih daripada 800,000 yang lain menjadi pelarian dan menghadapi kebuluran di sempada Kosovo sejak Februari 1999. September 1999, tentera-tentera Rusia menyerang umat Islam di Chechnya. Mereka mengebom kediaman awam, hospital dan masjid. Iraq pula diserang oleh pakatan Amerika."
"If the USA, Russia, Israel and China can possess or develop nuclear weapons, how can they criticise or restrict other countries from doing the same? Whoever develops nuclear weapons is a threat to the world. So I don't see why Iran should be singled out."
Pollack Asserts said in his article entitled "Iran-Our next crisis?";
If the US and Europe don't take any steps, the world will discover what's like to live with nuclear Iran. My question is this: Will the world see living with the nuclear Iran any less intimidating that what it has already seen living with a nuclear US and a nuclear Israel?
--------------------------------------------
P/s: Tak ada tarikh. Celaka. Gua rasa, semasa benda ni ditulis, mesti gua dalam pengaruh pil kuda.