Gua duduk depan laptop. Buka blog gua yang dah lama tak update ni. Selain bersawang, gua tengok bilangan followers macam dah bertambah.
Mesti diorang menyesal sebab follow blog gua ni. Bukan main payah nak update. kah kah kah!!
Sori la abang-abang dan kakak-kakak semua. Nanti gua update banyak-banyak sampai lu orang rasa macam nak termuntah.
[ , ]
Lepas tu, gua tengok pula pada satu sudut di blog ini. Terdapat satu imej yang menarik perhatian gua. Lama gua perhatikan.
Ada la dekat 15-20 minit. Langsung gua tak bergerak. Senyum pun tidak. Bercakap apatah lagi. Hanya kedengaran suara kicauan burung yang bernama Osman, Ghazali dan Razak yang bertenggek di atas para tingkap bilik gua.
(kerana sering dilawati mereka, dan kebosanan, gua dah mula memberikan nama kepada burung-burung ni. Senang sikit nak maki kalau diorang bising sangat.)
[ , ]
Belum pernah gua tenung blog sendiri lama-lama dengan penuh fokus dengan tangan di paha, langsung tidak menyentuh keyboard. Kalau orang lain tengok, mesti diorang ingat gua dah hilang pedoman. Tapi sebenarnya gua tengah mengenangkan nasib Alejandro. Kesian Alejandro. Sejak kebelakangan ni, gua dah tak melayan Alejandro seperti dulu. Gua ingat lagi. Dulu, Alejandro lah yang menjadi peneman kesunyian gua di kala gua bosan melayari Internet.
Manakan tidak bosan, buka Utusan Online, orang buang anak. Buka Berita Harian Online, orang tikam orang. Buka malaysiakini, orang tua pakai kot bergaduh dengan orang tua pakai serban. Buka Soccernet, pemain bola langgan pelacur. Buka Facebook, tengok orang mencarut. Myspace? Ish, geli tengok gambar pakai skirt adik-adik yang kredit telefon pun kadang-kadang mak yang isikan.
Buka Oh! Artis, Lisa Surihani tak mengaku bercinta dengan pelajar universiti. (okay, ini tipu)
Benda-benda 'Melayu' macam ni, bagi gua, tak menjana pemikiran kreatif langsung. Idealisme kontang kata orang. Sebab tu, kalau dah terlalu bosan, gua meluangkan masa bermain dengan Alejandro. Bagi dia makan, tengok dia lari-lari, dan kadang-kadang gua bergurau manja dengan Alejandro. Game tanam-tanam? Farmville? Mafia Wars? Ah, itu semua gua tolak tepi.
Siapa Alejandro?
P/s: Jarang update blog. Gua bizi mengurat.. errr.. maksud gua, bizi mencari bahan untuk Final Year Project. Jangan lupa bagi Alejandro makan woi!