Saturday, October 2, 2010

Budak gemuk, makcik kafe dan makwe baju putih.

Gua tolak pinggan yang bersisa makanan ke tepi. Selesai membasuh tangan, gua kembali ke tempat duduk untuk menghabiskan air teh O ais gua. Sesekali gua menjeling ke arah makwe berbaju putih yang makan bersama dua orang rakannya. Rakan-rakannya makan nasi berlaukkan ayam goreng, sementara makwe berbaju putih makan nasi berlaukkan sosej.

Ya, berlaukkan sosej.

"Sorang je ke Mal?"

Tiba-tiba makcik kafe menegur dari kaunter pembayaran. Gua menoleh ke belakang.

"Hmm.. Sorang je la makcik.."

Balas gua sambil tersengih. Straw di dalam gelas teh O ais gua goyang-goyangkan, gaya tipikal remaja yang biasa lepak di mamak.

"Cari lah teman...."

Usik makcik kafe sambil tersenyum nakal.

Gua terdiam. Hanya mampu membalas dengan senyuman. Seingat gua, antara kawan-kawan gua yang menjadi pelanggan tetap kafe tersebut, hanya gua seorang sahaja yang tak pernah kelihatan makan bersama pelajar perempuan.

Tapi gua masih steady.

Seraya makcik kafe ke dapur, gua menyambung kembali aktiviti gua sebentar tadi- memerhati makwe berbaju putih makan nasi berlauk sosej.

Ya, berlaukkan sosej.



***** 30 minit sebelum itu ******


[Sejuuuukkkkkkk~]

[Eh? Kat mana ni? CAIS ke?]

[Iye la. Sejuk sangat! Terpaksa pakai jaket]

[Pakai la double jaket... =p]

['orang itu' tak ada, macam mana nak pakai double jaket.. hehehhh..]

[Haish!!!]

[Ha, ni kenapa baru bangun ni? Semalam tidur pukul berapa?]

[Orang dah bangun la lepas Subuh, lepas tu tidur balik. Then pukul 9 bangun, lepas breakfast, tidur balik.. hehehehhh...]


P/s: Haish... Budak gemuk, budak gemuk.... Tidur je kerja kau ye. Aku dah la berdendam dengan makcik kafe ni! Grrrrrrrrrrr.....!!!!!!

*CAIS = Library
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: