Padahal, kutu-kutu tempat gua ni, kalau pergi Brickfields cari 'ayam', kalau pergi Lorong Haji Taib kacau pondan, kalau pergi melabur duit main Russian Roulette, kalau pergi melalak dekat karaoke, kalau pergi melepak McD dari jam 2.00am sampai 7.00am, kalau pergi air terjun dengan makwe masing-masing, kalau pergi tengok bola perlawanan pasukan entah apa-apa seperti Manchester United, kalau pergi kacau makwe jururawat dekat Kolej Segi,
semua gua layankan. Gua ikut tanpa banyak soal.
Tapi bila gua ajak pergi beli buku, semua buat tak tahu. Tahi betul. Adik gua ada ikut, tapi dia lagi rela tunggu dalam kereta. Alergi dengan buku katanya. Jadi, gua terpaksa pergi Bookstock 2010 anjuran Uya Distro berseorangan. Ada juga beberapa makwe SS15 cuba menemani gua, tapi gua balas ajakan mereka dengan wajah bengis.
Ada apa dengan Bookstock 2010? Baiklah. Bookstock menampilkan himpunan buku-buku indie dari penulis-penulis indie yang kebanyakannya aktif dalam Internet, dan hasil karya mereka dibukukan oleh syarikat-syarikat penerbitan, yang mana sudah pasti bukanlah Dewan Bahasa dan Pustaka mahupun Alaf 21.
Dan tidak, bila berkata tentang indie, gua bukan bercakap tentang Bangfes mahupun Meet Uncle Husen. Ini adalah independent in publishing books. Not for their own benefits, of course.
Tapi gua berpuas hati, kerana berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa individu yang berjaya menarik minat membaca dalam blogosphere, seperti Lucius Maximus, Pipiyapong, Obefiend Weiland dan Pjoe. Mereka adalah antara penulis hebat samada berkenaan isu semasa, politik, sukan tanahair, Elie Tran Ha, humor mahupun sekadar coretan seni.
Gua sempat minta autograf Lucius untuk bukunya, "Cerita Piala Dunia", dan autograf Abang Pipi untuk buku hasil tulisan bersama Sindiket Sol-jah, "Siapa Kekah Bidan Sepiah?". Dan Obe, gua tak berkesempatan bercakap dengan dia kerana dia sentiasa kelihatan sibuk berborak dengan orang lain.

P/s: Nanti kalau berkesempatan, gua buat review untuk buku-buku ini. Oh ya. Bila bercakap depan-depan, sebenarnya Pipiyapong ni pemalu orangnya. he he he...