"Dulu Mai, masa aku masih teruna, perempuan yang aku jumpa semua elok-elok. Tapi itu lah silapnya aku. Sejak aku tak teruna ni, semua perempuan yang aku cuba nak ngorat, semuanya yang dah 'kena tebuk'. Mungkin sebab balasan aku 'tebuk' awek aku masa sekolah dulu. Tapi itu dulu lah, masa tu aku jahat lagi. Sekarang, aku tengah nak mengorat sorang awek ni. Pakai tudung. Baik je. Memang ciri-ciri menantu mak aku lah."
- Hazik (bukan nama sebenar), 3.00am, Stesen Petronas Bukit Rahman Putra.
Gua lebih banyakkan berdiam diri semasa sesi perbualan dari hati ke hati bersama Hazik sementara menunggu seorang lagi rakan membuang air besar di tandas stesen Petronas. Mahu tidak mahu, gua layankan sahaja Hazik. Menjadi pendengar sambil melelapkan mata. Mengantuk. Tapi sebenarnya, gua malas mahu bercakap benda yang mungkin menyakitkan hati sang sahabat. Hendak mendengar radio, radio kereta pula rosak. Dan tidak manis pula jika gua berbual dengan rakan yang sedang membuang air di dalam tandas.
Gua nak tanya kepada lelaki-lelaki di luar sana: Siapa antara lu orang, yang mempunyai mindset yang sama macam Hazik? Jenis dah sedap-sedap pecah dara anak orang, lepas tu ada hati nak jadikan makwe pakai tudung sebagai calon isteri? Cuba angkat tangan.
Tak, gua tak marah pun. Gua tak ada mood nak marah orang. Tapi bukan juga bermakna gua menyokong. Pernah dengar frasa, "Lelaki baik untuk perempuan baik, dan lelaki jahat untuk perempuan jahat"?
Gua tak kisah pun sebenarnya, samada bakal isteri gua nanti hymennya masih terpelihara atau pun sudah ditebuk oleh orang, yang mana orang yang menebuk itu, mungkin adalah lu orang yang angkat tangan tadi.
Eh, turun la tangan tu.
Gua bukan pejuang lelaki teruna yang menuntut hak bertemu dengan perempuan dara. Tidak semestinya. Bagi gua, 'perempuan baik' dalam frasa di atas tidak semestinya perempuan yang masih dara. Tak ada pun frasa "Lelaki teruna untuk perempuan dara, dan jantan keparat untuk perempuan kelenjar", kan? Perempuan baik, bagi gua adalah perempuan yang bijak, tahu hormat orang, berdikari, pandai jaga hati orang, ringan tulang, tidak keberatan untuk membantu, pandai memasak, pandai urut, etc, etc.
Silap Hazik ialah, dengan mempunyai persepsi bahawa perempuan bertudung itu ialah calon isteri- baik, alim, hormat orang tua, dan sebagainya. Tidak sama sekali. Bukan itu yang jadi ukurannya. Perempuan 2nd hand juga, mungkin mempunyai kualiti-kualiti di atas. Sebab itu, dalam mencari pasangan hidup, kita tengok hati budi seseorang itu. Periksa latar belakangnya, peribadinya, bukan kemaluannya.

"Kau Mal, kalau nak cari bini, ko check dulu, barang diorang okey tak. Kalau sedap, baru boleh bincang pasal hal kahwin. Tapi kalau dah 'lain macam', kau tinggalkan je." - Cikgu Halim, cikgu kelas memandu gua.
Ini lagi satu statement barai.
P/s: Akan tetapi, sebelum menamatkan perbualan dengan Hazik, dia sempat berpesan kepada gua:
"Tapi satu benda kau tak boleh tanya bila dia cakap dia dah tak ada dara. Kau jangan tanya, dengan siapa dia pernah 'buat'. Aku gerenti kalau dia jawab, sampai kau dah kahwin, sampai dah beranak cucu pun, kau akan tetap terfikir pasal lelaki tu."
Updated: Apa point gua sebenarnya ni? kah kah kah!! Lantak ah, gua tengah celaru.