Thursday, December 30, 2010

So, lepas ni Piala Asia? Piala Dunia? Baca ni dulu.

So Malaysia has won the cup.

#khairulfahmi is now a Twitter trend.
#harimaumalaya is now a Twitter trend.
Page Facebook Khairul Fahmi makin popular. Orang juta-juta kasi komen tahniah.
Page Safee Sali pun sama. Orang Indonesia pun join. Tapi bukan untuk ucap tahniah juta-juta.
Khairul Fahmi ibarat R. Arumungam.
Safee Sali ibarat Mokhtar Dahari.
Semua orang beli jersi Malaysia warna biru.
Semua orang letak gambar pakai jersi kaler biru dalam Facebook.

[ , ]

Di Twitter, semua orang puji Khairul Fahmi.
Makwe-makwe terutamanya.
Termasuk artis-artis, model dan selebriti.
Artis-artis Indonesia pun suka dengan Khairul Fahmi.

Tapi Khairul Fahmi dah ada makwe.
Maka kecewalah gadis-gadis Malaysia, pulang ke pangkuan lelaki masing-masing.
(Tapi Lisa Surihani steady je dengan gua)

[ , ]

So, FAM dapat hadiah USD 100,000 dari penaja, Suzuki. Presiden FAM (Sultan Bola) gembira. Datuk Seri 1Malaysia pula umumkan cuti khas pada Jumaat. Semua orang gembira. Semua orang puji Khairul Fahmi, Safee Sali, dan Norshahrul Idlan Talaha.

So, lepas ni pemain Malaysia dapat ganjaran.
Dari FAM, dari MSN, dari Skim Ganjaran Atlit, dari Persatuan Bolasepak Negeri,
dan juga ganjaran istimewa dari makwe masing-masing.

Sultan Bola kata lepas ni layakkan diri ke Piala Asia.
Player Malaysia angguk-angguk sambil berdiri tangan letak kat belakang.

[ , ]

So, pemain Malaysia jadi kaya dan popular.
Bila terjumpa peminat, semua nak ajak bergambar.
Nak keluar dengan makwe, kena pakai topi dan Rayban Wayfarer.
Sana sini orang jemput pergi majlis.
Makan sedap-sedap. Udang besar, ayam belanda.

[ , ]

So, badan Player Malaysia pun dah naik sikit.
Lari dah tak sedap. Control ball dah tak laju.
Tackle langsung tak sentuh bola. Pass pun dah tak tepat.

Khairul Fahmi tangkap bola tak lekat.
Safee Sali sepak tak kena.

Roh mendiang R. Arumungam dan Allahyarham Mokhtar Dahari sama-sama geleng kepala.

[ , ]

So, Rajagobal mula pening kepala.



"Player saya makin jahanam. Macam mana ni, bang?"




"Rilek. Sepatutnya kau kena lebih garang, macam abang ni."


[ , ]

Memang, gua cuba memburukkan situasi. Tapi ini post amaran, bukan post membenci. I love Harimau Malaya too, as much as you guys do. Cuma jangan lambung tinggi sangat. Nanti naik lemak. Lepas tu mula hambar, suram balik. Peminat makin kurang, pembenci semakin ramai.

Tak percaya, tanya Mawi.

Apa-apa pun, Malaysia boleh!!
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Adib said...

betul2..takut lupa diri jek dorg ni..