"MALAYSIA… MALAYSIA OH MALAYSIA
MAJULAH MALAYSIA NEGARAKU
TUNJUKKAN TARINGMU HANCURKAN LAWANMU
MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU"
"OLE-OLE…
OLE-OLE-OLE-OLE
BERJUANGLAH
PAHLAWANKU…
SATUKANLAH TEKAD SEMANGATMU
KAMI RELA… KORBAN NYAWA
DEMI DAULAT NEGARA TERCINTA"
Nanang Suryana memandang sahabatnya, Achmed Budiyowono Joko yang sedari tadi senyap. Achmed Budiyowono Joko membalas pandangan Nanang Suryana dengan wajah pucat. Burger yang dibelinya tadi, digigitnya dan dikunyah dengan perlahan sambil memandang kiri dan kanan. Takut disergah penyokong pasukan lawan. Ketika itu, kedua-dua pasukan yang sedang berjuang di atas padang masih terikat tanpa jaringan.
"Kok ngapain loe?"
Tanya Achmed Budiyowono Joko kepada Nanang Suryana sambil berpura-pura tenang. Sedangkan, dia sendiri makan burger sambil berpeluh.
"Gue... ye udeh. Nga apa-apain. Loe nonton aja, usah campurin hal gue."
Jawab Nanang Suryana selamba, cuba menyembunyikan perasaan takutnya. Sebenarnya, dia sendiri tidak menjangka suasana sebegini. Bulu romanya berdiri mendengar suara penyokong setiap kali 'chant' dimulakan oleh capo, ketua kepada penyokong pihak lawan yang kebanyakannya memakai baju kuning hitam. Wajah mereka pula, samada ditutup kain kuning ataupun bendera Malaysia.
"AUUUMMMMM...!!! AUUUMMMMMMM..!!!!! AUUUUMMMMMMM!!!!"
Kali ini, seluruh Stadium Nasional Bukit Jalil bergema lagi, dengan suara ngauman harimau. Rasanya, seperti keseluruhan 90000 penyokong di stadium itu bersatu padu mengeluarkan bunyi ngauman harimau itu. Nanang Suryana dan Achmed Budiyowono Joko saling berpandangan. Kedengaran seperti seekor harimau mengaum betul-betul di sebelah telinga mereka. Burger di dalam mulut Achmed Budiyowono Joko tersembur keluar, akibat dari perasaan seram mendengar ngauman pak belang.
Sememangnya, suasana ini sangat berlainan dengan suasana Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2004. Pada masa itu, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Indonesia dalam perlawanan separuh akhir kedua. Malaysia turun dengan bekalan kemenangan 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Akan tetapi, mungkin kerana terlalu yakin, ataupun kerana kurangnya sokongan dari penyokong tempatan, pasukan negara tewas kepada Indonesia 4-1, menyebabkan Indonesia layak ke akhir dengan agregat 5-3. Nanang Suryana dan Achmed Budiyowono Joko yang turut hadir pada ketika itu, balik dengan wajah tersenyum. Dalam perjalanan pulang, mereka naik komuter sambil memandang wajah sugul peminat tempatan sambil tersenyum sinis. Keesokan harinya, mereka mengangkat batu bata dan menggerudi konkrit di tapak pembinaan dengan wajah ceria, seperti wajah brader MLM.

Bunyi ngauman harimau bergema lagi, menghantar kembali Nanang Suryana dari imbasan kenangan silam.
"Gue rasa, inilah yang mereka geler laskar hitam kuning. Inilah... Ultras Malaya!!"
Achmed Budiyowono Joko berkata yakin, sambil menggigit burger. Nanang tidak mengerti, apakah itu Ultras Malaya?
[ , ]
Ultra, berasal dari perkataan Itali, yang bermaksud 'di luar', atau dalam konteks penyokong, mereka yang menyokong dengan luar biasa. Atau dalam istilah remaja zaman sekarang, indie.
Ya, apabila anda berada dalam scene indie, anda tidak perlu menyorok ideologi. Segalanya disuarakan secara lantang. Ini kebiasaanya akan menyebabkan suasana sedikit rage dan agresif, apabila kedua-dua pasukan mempunyai penyokong Ultra masing-masing. Di England, golongan Ultra ini dipanggil Hooligan.
Jadi tidak hairanlah, gerakan Ultras Malaya ini bergerak secara underground. Malah, mereka mempunyai domain mereka sendiri, iaitu di ultrasmalaya.net. Dan tidak, Ultras Malaya bukanlah Harimau Malaya, satu lagi kumpulan penyokong pasukan bolasepak negara. Ultras Malaya lebih hardcore.
Kumpulan Ultras Malaya yang ditubuhkan pada 2007 ini, biasanya berkumpul dalam satu sudut di stadium, memakai baju kuning atau hitam, dengan skaf kuning hitam. Jika anda terlihat nyalaan bunga api (flare) di tempat duduk penonton, itu adalah sudut di mana Ultras Malaya berada.

Mereka akan diketuai seorang atau dua 'capo', iaitu ketua chants (lagu-lagu sorakan). Chants mereka adalah beberapa baris ayat ringkas (seperti di atas), dan sorakan ngauman harimau. Ini adalah sebagai alternatif kepada lagu 'Barisan Kita', yang dianggap sebagai terlalu common bagi mereka.
Dan tidak, mereka tak nyanyi lagu 'Bunga Raya bunga kebangsaan'.
Ultras juga, membeli tiket di stadium bukan untuk duduk. Mereka lebih gemarkan berdiri sebagai tanda sokongan yang ekstrim. Yang menariknya, Ultras Malaya memegang satu prinsip; menang atau kalah, mereka akan tetap berdiri di belakang pasukan negara. Jika bilangan mereka ramai, chants akan kedengaran sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan meskipun pasukan negara sedang tewas.
[ , ]
Wisel penamat berbunyi. Harimau Malaya mengganas dengan tiga cakaran, Garuda pulang membawa telur.
"Ye udeh, usah bersedih. Esok mau kerjaan lagi ni. Emangnya mereka bisa menang, kalau sudah matanya Markus sering saja dipancarin laser."
Nanang Suryana cuba menenangkan Achmed Budiyowono Joko dalam perjalanan pulang menaiki LRT. Tahun 2010, mereka pulang dengan wajah sugul, sambil diiringi sorakan ria penyokong tempatan. Mereka sedar, pasukan mereka tewas kerana pemain Indonesia gugup bila berhadapan dengan penyokong samada dari golongan brader-brader snuker, adik-adik rempit, set-set Kelantan, geng Harimau Malaya, dan yang paling penting, Ultras Malaya.