Gua sebenarnya tengah tak tahu nak fikir apa. Momen paling bangang bagi gua ialah, bila tengah baring-baring pandang kipas, tiba-tiba gua tak tahu nak fikir apa. Jadi gua kena fikir sesuatu. Tiba-tiba gua dapat ilham untuk merangka pelan jangkamasa panjang.
Perlu diingatkan, semua pelan ni masih dalam bentuk pelan lagi. Kiranya ini pelan punya pelan la. Gua kasi lima pelan dulu, lu orang tolong gua buat keputusan.
1- Tulis novel.
Ini adalah idea pertama sekali gua fikir masa pandang kipas tadi. Gua rasa gua patut tulis novel. Genre novel gua tak pasti lagi, tapi gua ingat nak tulis pasal kehidupan sedih seorang pelajar bernama Sopian Cendawan yang hidup dalam kemiskinan dan terpaksa menyara hidup dengan menanam cendawan. Jenis miskin yang hari hari makan cendawan punya miskin. Tapi pada suatu hari, Sopian mendapat kekuatan luarbiasa akibat memakan cendawan semenjak kecil. Dalam novel ni gua selit sekali kisah percintaan Sopian dengan Rogayah Gemalai, anak tok penghulu.
Soal lain seperti suasana/ambiens dalam novel, kemunculan watak jahat iaitu Rosman Kolar Tegak, dan watak-watak sampingan gua belum fikir lagi. Yang penting, mesej utama novel gua dah ada, iaitu menggalakkan kanak-kanak memakan cendawan.
Lepas tu gua cetak limited edisyen, gua jual. Siapa beli by hand, gua bagi percuma pen kilometrico.
2- Gua ingat nak berdakwah dalam blog.
Sebenarnya pelan ni gua dah lama fikir. Dah banyak blog gua tengok, bersepah blog-blog cerita pasal seni hiburan, kereta, indie, fotografi, dan politik. Jadi gua ingat nak tarik pembaca ke satu lagi scene yang bakal top tak lama lagi, iaitu berdakwah secara indie.
Kalau ikut pelan gua, lepas ni mungkin blog gua akan penuh dihiasi dengan cerita-cerita dakwah yang disampaikan secara indie. Ini adalah untuk menarik minat pembaca muda. Segala penyampaian adalah dengan stail gua, tapi mesejnya tetap ada, iaitu sentiasa ingatkan Tuhan semasa menggunakan internet dan berFacebook.
Kalau Hana Tajima berjaya menggalakkan gadis-gadis Malaysia untuk memakai tudung dengan fesyen terkini, gua rasa gua pun patut menggalakkan pakwe-pakwe Malaysia untuk mengisi dada masing-masing dengan ilmu agama.
Lagu-lagu Maher Zain mungkin menjadi pilihan sebagai background music dalam blog gua ni.
3- Gua ingat nak melancong, pusing satu Malaysia.
Gua rasa gua patut luangkan masa dalam seminggu dua untuk berpusing satu Malaysia. Idea ni gua dapat setelah gua terbaca buku hasil tulisan Mohd Jayzuan, iaitu 28 Hari Jurnal Rock n Roll.
Dalam bukunya, Mohd Jayzuan meninggalkan pekerjaan pejabatnya kerana berasakan dirinya tak berapa 'into' dengan suasana air-cond. Jadi, berbekalkan beberapa helaian wang saku, beg pakaian, dan gitar tong, Jayzuan memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke utara, ke pantai timur, kemudian ke selatan dan patah balik Kuala Lumpur dalam masa 28 hari. Dan dia menampung perjalanannya hasil jualan EP dan ber-busking di lokasi-lokasi singgahannya.
Serius, gua teruja bila gua fikir-fikir balik. Pusing satu Malaysia, berjumpa orang baru dan menambah pengalaman. Dan iya, gua akan pusing sekali Sabah dan Sarawak.
4- Gua ingat nak buka bisnes burger dekat sebelah Petronas highway menghala ke Genting Highland.
Gua sebenarnya lupa apa nama tempat tu. Maklumlah, dah lama tak balik semenanjung. Tapi tempat tu memang 'cara' kalau buka bisnes. Hari tu gua pergi melawat abang gua bisnes kat situ, berpeluh-peluh juga gua tengok abang gua kira duit.
Gua juga akan perkenalkan resipi baru iaitu Burger Sotong.
5- Ini pelan paling cepat gua buat.
Gua ingat, gua nak tutup blog ni, delete Facebook, delete
Twitter, delete
Formspring, lepas tu gua akan terus pandang kipas sampailah gua lapar.
Time tu gua akan tersengih-sengih pergi makan sorang-sorang dekat kafe.
Amacam?
Gua rasa gua dah matang sikit lah.