Monday, March 28, 2011

Edited: Terlupa pulak nak letak tajuk. I iz PHAIL lol.

Okey, it's time to meet Coca Cola.






Meet Co... aish!!






Again, meet Co...
Eh dia ni ngada-ngada pulak nak camera shy. Gua lempang kang tertanggal telinga.











Lets forget bout Coca. Now, meet Cola. Say "Hi", Cola!
(hahaha padan muka kau Coca! ngada ngada sangat kan!)






Dulu, masa gua masih bela budak dua ekor ni, pagi pagi lagi lepas gua buka tingkap, si Cola akan lompat ke arah tingkap. Kenapa? Sebab dia ni penakut, tak mahu keluar rumah. Jadi dia cuma melihat dunia luar dari tingkap saja. Hari hari usha makwe, tapi tak berani turun. Kesian, kan?


Pernah sekali, dia tertidur dekat luar tingkap tu. Tengah syiok tidur guling guling, tiba tiba dia terjatuh ke bawah. Nasib baik tak tinggi sangat. Tapi gua berdebor la jugak, sebab sepanjang dia lahir, itu lah kali pertama kaki dia jejak tanah.


Jenuh juga nak mencari, nak memujuk dia balik. Dan mungkin kerana malu dengan kes tu, Cola dah taknak lepak tepi tingkap lagi.


Coca?


Coca ni harap badan je besar, tapi pemalas macam setan. Dia ni kalau kat rumah, asyik pekena baring je. Gua ada juga rasa sakit hati kadang kadang. Tengah kemas-kemas rumah, sapu karpet guna penyapu lidi, tiba tiba dia pekena baring atas karpet tu. Sapa tak bingit kan?


Tapi dia ni berguna juga kadang kadang. Gua panggil dia 'Kain Buruk'. Sebab kalau gua malas nak sapu, gua seret je si Coca ni atas lantai rumah gua. Settle. Dia pun macam tak kisah je. Cumanya dia tak bagi gua tolak dia guna kaki. Kurang ajar katanya.


Dan mungkin kerana sering kena sound atas sikap pemalas beliau tu, dia pun dah selalu keluar rumah. Tapi kerana fizikalnya yang bapak besar, siap pakai rantai ada besi besi kat leher, selalu juga gua dengar suara dia belasah kucing kucing lain. Makwe makwe kucing pun dah mula sayang kat dia.


Kesannya, Coca dah pandai balik lambat. Kadang kadang tengah malam baru terdengar suara dia mengiau ngiau depan pintu rumah gua, suruh buka pintu. Kalau gua malas buka pintu, dia pergi mengiau depan rumah orang lain pulak. Cam shilanat perangai beliau, kan?



Yela yela, gua letak jugak gambar lu.




"Hello, world. Meet Coca!!"







(Macam biasa, pekena baring. Huhh!!)





P/s: Hari tu, tuan baru budak dua ekor ni telefon gua. Dia kata Coca sekarang dah jadi pemalas balik, dah tak rajin keluar rumah. Sekarang ni si Cola pulak yang rajin keluar rumah cari makwe. Bagus bagus.


P/s/s: Kenapa gua buat entri pasal kucing pula ni? Ah, suka hati gua la kan. Siapa suruh gua rindu.


Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: