Tuesday, March 8, 2011

Top 5: Ayat paling klise lepas perempuan/lelaki jumpa pasangan lain.



Of course, bila dah bosan dengan pasangan, benda ni akan jadi.

Seperti yang semua orang tahu, bila lelaki dah mula tertarik dengan perempuan lain, tanda-tanda pertama sekali yang perempuan akan nampak ialah dia tak balas SMS, malas angkat telefon, selalu bagi alasan sedang sibuk, selalu bad mood, dan bila ajak jumpa dia bagi alasan nenek sakit.

Tapi perempuan punya perangai gua tak tahu lagi. Ini adalah semasa proses penceraian.


Tapi apa pula yang berlaku selepas penceraian?


Lima ayat-ayat popular perempuan tentang ex mereka bila perempuan tu dah jumpa laki lain:


1- "I bukan apa. Ex I si Majidul tu malas kerja owh. Dah berapa kali I pesan suruh dia cari kerja lepas tu stabilkan hidup, tapi dia masih nak lepak dengan kawan-kawan dia. Yang tak tahan tu, top-up pun I yang kena isikan kalau nak dia balas SMS I! Sapa boleh tahan macam ni kan?"

2- "Dulu masa kitorang kapel, I nak ajak jumpa punyalah susah. Ada je alasan. Alih-alih I jumpa Hakimie dengan kawan-kawan dia main skateboard dekat PJ. Kawan-kawan lagi penting dari I kan, padan muka, I tinggalkan je terus!"

3- "Boyfie I main kayu tiga dengan betina lain, so why can't I do the same? Dia ingat I ni tunggul?"

4- "I ingatkan kalau I diamkan aja, mungkin lama-lama Razak akan berubah. Tapi rupa-rupanya kalau dah samseng tu, samseng la jugak. Asal gaduh sikit je, mesti Razak pukul I.. sobs.. sobs.."

5- "Ex aku tu jahat dowh.. Dia tengok aku pakai seksi macam ni, dia ingat aku ni perempuan murah ke? Asal dating je, mesti aku dibuatnya ringan-ringan."


Sekarang, kita tengok pula lima ayat-ayat paling popular yang lelaki akan kata tentang ex mereka selepas lelaki tu dah jumpa perempuan lain.


1- "Err..."

2- "........"

3- "........."

4- "............."

5- "Eh, tengok tu, tengok tu, cantik kan?"


Har har har!! Memang, lelaki bila dah jumpa perempuan lain, dia akan senyap je, call tak angkat, SMS tak balas. Dan dia akan senyap sampai bila-bila, takkan senang-senang ceritakan baik buruk pasal ex dia dekat orang lain. Janji dia bahagia dengan makwe baru dia. Dia tahu, cukuplah rasa bersalah tinggalkan makwe sebelum ni dan tak perlu nak buruk-burukkan lagi.

Tapi perempuan kalau dah jumpa lelaki lain....

The next time anda dengar cerita dari perempuan tentang ex mereka, pastikan cerita itu betul. Lima ayat ini, mungkin antara lima penipuan paling popular dari perempuan hanya untuk lepaskan diri dari ex dia yang tak tahu apa-apa.


... sembilan nafsu punya penangan. Dahsyat, bukan?


Har har har!! Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia!
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: