Saturday, April 23, 2011

Gua suka tengok Amir dalam Maharaja Lawak. Problem?




Sick of Malaysian haters, so I'm doing this for you, Amir.


Beberapa minggu sejak kebelakangan ini, rakyat Astro (dan rakyat Youtube untuk yang tidak melanggan Astro Warna) rata-rata bising tentang hal Amir dalam Maharaja Lawak. Ada apa dengan Amir ni? Apa kejadah gua tiba-tiba buat entri pasal Amir pulak ni? Bukan gua sepatutnya baca buku pasal Engineering Management ke sekarang ni?

That's my problem. Lets just focus on OUR problem. One at a time, shall we?

Kebanyakan penonton Maharaja Lawak tidak menggemari Amir. Sejak Amir sertai program Raja Lawak lagi, dia dah berjaya mengumpul banyak haters. Dan kerana Maharaja Lawak kali ini mengumpul peserta-peserta yang sememangnya mempunyai peminat masing-masing, lagi lah hebat Amir dikutuk setiap minggu. Terutama sekali selepas peserta favorite mereka disingkir dan Amir masih kekal di pentas. Contoh, untuk minggu ini, Alex tersingkir. Gua percaya budak-budak Sabah tengah kutuk Amir sekarang di Youtube. Mereka akan kata Amir tak lawak, Amir gagap, bosan, cakap tak faham dan berperangai badut. Who are you to judge?

Errr... Okey, gua tarik balik ayat gua tadi. Memang, penonton berhak untuk judge Amir, kerana undian penonton diambil kira.

Masalahnya sekarang Ghazali (nama random), sambil lu kutuk Amir, adakah lu undi peserta kegemaran lu? Perlu diingatkan di sini, keterusan peserta di Maharaja Lawak ditentukan melalui undian SMS, bukan kadar jumlah komen-komen berbaur kebencian dan page-page bangang yang lu orang taburkan kepada Amir.





Can't you see he's trying his best?




Apa yang gua nak kata, kerana sekarang dah terbukti yang ramai orang benci Amir, tetapi Alex pula yang tersingkir, apakah maksudnya? Yes, itu maksudnya undian Amir (yang dibenci) lebih sedikit berbanding Alex. Maksudnya, anda-anda yang mendakwa peminat Alex tidak mengundi Alex dan atas kesilapan anda sendiri, anda menjadikan Amir sebagai tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Lalu segala jenis hinaan diberi kepada Amir. Cari saja fanpage anti-Amir dalam Facebook.

Can you guys read me? We Malaysians are now tend to hate people and throw unusual comments that are full of hatred rather than fight for our causes! God's sake, yo! I've already talked bout this.

Dari lu mencarut-carut dan tambah dosa bila tengok Amir, baik lu pergi bancuh teh. Atau pergi berak. Atau buat saja apa-apa benda seolah-olah masa tu ada iklan di Astro. Tak suka, jangan tengok. PAHAM??

Sama juga untuk pembenci-pembenci lain seperti pembenci IniAnwarHadi, Cikgu Yang-suka-nyanyi-tu, pembenci Justin Bieber, pembenci Rebecca Black, pembenci blog-blog, if you don't like them, turn off your fucking screen. Click on that 'x' button. Or cover your eyes and ears, if that'll make you feel any damn good.


[Wah, marah nampak. BY THE WAY,]


Walaupun pada minggu ketiga gua tengok Amir macam mabuk sikit, gua rasa dia ni antara pelawak yang genius. Pelawak genius ni, memang tak ramai orang perasan. Kenapa? Kerana mereka tidak perlu berlawak secara lisan. Mereka cuma perlu berlawak melalui perbuatan atau mimik muka sahaja. Remember Charlie Chaplin and Mr. Bean? At first glance you'll say, "Apakah?" but then in the end you'll find them funny amirite?

Mungkin anda akan faham maksud gua selepas anda tengok video ini. Brader dalam video ni memang win gila vavi. Gua tergelak-gelak sorang diri dalam bilik. Siot.









Lagi satu, lawak genius ni, memang susah sikit untuk kita digest dan gelak secara serta merta. Contohnya bagi gua, masa tengok persembahan Amir gua sikit pun tak senyum. Tapi keesokan harinya bila Erich atau Leo cuba meniru balik gaya Amir, gua tak boleh berhenti ketawa. Celaka, apa makan budak Amir ni?




p/s: Gua bukan nak sangat tengok Amir menang. Cuma gua nak minta supaya kita jaga hati orang. Dia pun ada keluarga. Tak suka, itu hak kamu dan tak ada orang paksa. Tapi jangan membenci.

Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Anonymous said...

my jokes are meaningless without amir.. gbu amir.. long live amir bieber.. trollolol... waaah, byk nye poing..

Encik Akmal said...

go amir go! banggakan orang pahang! eh amir orang mana oh?

Leen LilDollius said...

haha tau xpe..i pon bkan layan sgt lawak dye..tp kesian sgt2 dowh org wat dye cam 2...iskk

Encik Akmal said...

exactly. kesian amir.