Sunday, April 24, 2011

Ini adalah sebab gua benci makan seorang diri.


Apa ikan? (what the fish?)


So semalam gua pergi makan di luar. Seperti biasa, perut gua buat perangai mengada-ngada iaitu tak ada selera makan, jadi gua bawa dia makan di tempat lain. Mungkin perut gua bosan, asyik makan di tempat yang sama, makanan yang sama.


(Perangai perut ini juga antara sebab gua bergaduh dengan Lisa Surihani masa zaman sekolah dulu. Masa tu, hari-hari Lisa Surihani bawakan gua bekal nasi goreng. Tapi itu cerita lain.)


Walaupun tak ada kenderaan, kerana gua rambo, gua pergi naik bas. Ja, ich fahre mit dem bus. Dan kerana rambo juga, gua pergi seorang diri. Berebut-rebut juga makwe nak duduk sebelah gua dalam bas. Ni yang gua malas naik bas sorang-sorang ni. Untuk berlaku adil, gua terpaksa tendang sesiapa yang menghampiri tempat kosong di sebelah gua.

Setelah sampai di tempat makan, gua order. Kemudian gua mencari tempat duduk yang sesuai. Makan sorang-sorang ni, tempat duduk memainkan peranan penting juga supaya kamu tidak kelihatan seperti seorang forever-alone.









Pada masa tu gua dahaga sangat. Naik bas tendang-tendang makwe, kemudian jalan kaki pula tengahari terik, siapa tak dahaga. Masalahnya, abah gua tak suka anak-anak dia minum air ketika makan. Abah gua ajar, makan dulu sampai habis, baru boleh minum air.

Tapi memandangkan abah gua tak ada masa tu, gua curi-curi juga minum air tu sikit. Sebelum minum gua pandang kiri kanan, takut abah gua tiba-tiba melompat dari belakang sambil jerit "Haaaa, ingkar pesan abah!". Tak pasal-pasal gua mati sebab tercekik milo ais.

Nak dijadikan cerita,

semasa gua sedang makan, gua perasan ada seorang pelayan kedai makan ni cuma berdiri di satu sudut dan melihat sekeliling. Pertama kali gua jumpa pelayan yang tugasnya cuma memerhati orang sedang makan. Best job in the world, yay?

Walaupun gua rambo, tapi perlu diingatkan di sini bahawa rambo itu sendiri tak suka orang tengok dia sedang makan. Sebab itulah dalam filem rambo tak ada babak rambo sedang makan.

Bagi mengelakkan gua mengamuk hanya kerana rasa tidak selesa, gua makan cepat-cepat, kemudian segera ke sinki untuk membasuh tangan. My dearest milo ais can wait.



[ , ]



Selesai basuh tangan, gua tengok meja gua bersih. Pelayan tadi pun dah tak ada. Begitu juga dengan milo ais gua.


Best job in the world kepala bana!

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: