Tuesday, April 5, 2011

Ini untuk kamu, wanita terhebat.


Jika saya katakan yang saya lebih menggemari perempuan bijak dari perempuan cantik, kamu adalah contoh terbaik. Tapi itu tak bermaksud kamu tidak cantik.

Kamu bijak, dan ada kalanya comel.
Kamu garang, dan pada masa yang lain, manja.
Kamu mungkin tegas, tapi ada masa kamu kelakar.
Kamu suka membebel, tapi ada masa kamu menyanyi.

Kamu sering tegur imej saya, tapi pada masa yang sama, tudung yang kamu pakai tu selalu senget. Bila saya suruh pakai tudung betul-betul, kamu buat tak tahu.

Ha ha ha! Kamu lucu.

Mungkin kita pernah berselisih pendapat.
Mungkin saya pernah meninggi suara.
Mungkin kamu ada ceritakan perihal baik buruk saya.
Mungkin kita pernah tak bercakap.

Tapi saya tetap sayang kamu.
Siapa dapat tidakkan kamu?

Apa yang saya buat di sini, semuanya ada kamu.
Khabar gembira di sini, saya beritahu kamu.
Jatuh tersungkur saya di sini, saya diamkan. Maaf.
Tapi itu tidak bermaksud saya tidak ingatkan kamu.
Kekuatan saya di sini, cuma tinggal pada ingatan terhadap kamu.
Walaupun kamu jauh.




Selamat Hari Lahir, Puan Zaharah binti Samsudin.







Terima kasih kerana menjadi wanita hebat dalam hidup kami;
suami, enam anak, menantu dan cucu.


Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Cik Esah said...

so sweet. kirim salam kat puan adn say happy belated day to her!

Encik Akmal said...

yeay! thanks, cik esah. :)

@iN mArHaiNi said...

So sweet..hehe.. =)

Encik Akmal said...

tq.. harap2 takde siapa kena kencing manis.. :)