Semalam, gua pergi kelas. Dah terlambat. Jadi gua minta tolong Leo tolong hantarkan. Berpeluh-peluh juga. Tapi bila gua sampai ke bilik kuliah, kosong. Tak ada orang. Sifar. Yillek.
Gua balik. Gua dah biasa terkena benda-benda macam ni, jadi gua tak kisah sangat. Hari-hari buka Facebook, tapi mungkin klasmet gua terlupa nak bagitahu perihal kelas kensel. Seronok sangat main Farmville agaknya. Atau mungkin klasmet gua tak ada kredit.
[ , ]
Pagi ni, gua lepak-lepak bilik. Baca berita sambil pekena kopi. Lepas tu tengok Lisa Surihani dalam Anugerah Bintang Popular yang gua baru download. Kemudian tengahari, gua pekena mandi sebelum curi motosikal Leo untuk ke masjid. Tapi sebelum tu singgah sebentar ke bilik Jo.
"Eh, korang ada kelas ganti kan hari ni?" tanya Jo.
...
Ya, Jo yang bukan kelas gua, pun tahu pasal hal kelas ganti. Gua cuma menjawab soalan Jo dengan mendongak ke arah langit sambil buat-buat muka bangang. Kemudian gua terus ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Barulah gua dapat bertenang.
:)
p/s: Gua okey, gua okey. Jangan ingat gua nak pergi bunuh diri pula ye 'kawan-kawan'.