Friday, April 22, 2011

Obesiti: Antara Menteri Kesihatan vs makcik dewan makan.


Waktu: 4.15pm
Lokasi: sekitar dewan makan.


"Kau betul ke nak buat ni?"

"Betul la. Semalam aku buat, okey je."


Gua dengan kawan gua dah sampai di kawasan sekitar dewan makan. Masing-masing terhendap-hendap dan berdebor. Aktiviti merisik ini perlu dilakukan, bagi mengenalpasti samada kuih pada hari ini sedap atau pun tidak. Bila ada budak yang lalu lalang sambil kunyah kuih, kami perhatikan kuih tersebut. Sekiranya hari ini kuih karipap atau donat, kami masuk. Kalau pulut panggang, kami tak masuk. Masa tu gua dengan pulut panggang tak berapa nak 'into'.

Dari gua makan pulut panggang, baik gua beli nasi goreng di kedai Abah. Anak abah pun boleh tahan manis. Wajah putih melepak, senyuman manis, dan mesra melayan pelajar, menjadikan anak Abah idaman budak-budak lelaki ketika itu. Dari senyuman manis di raut wajahmu itu dapat ku bayangkan betapa indahnya oh suria ni apa bangang gua melalut ni?

Okey sambung cerita.

Makcik dewan makan syif petang ni, bukan boleh dibuat main. Makcik ini sangat komited dengan tugasnya. Kerja dia senang. Kerajaan bagi duit, dia buat kuih, lepas tu beri kepada student waktu minum petang. Tapi tidak seperti akak-akak waktu breakfast dan abang-abang waktu supper, makcik ini akan sentiasa berada di hadapan bekas kuih. Dia tak tinggal macam tu je.

Sambil memegang erat sisi kiri dan kanan bekas kuih seperti takut dirampas orang, makcik ni sentiasa memerhati dengan tajam setiap pelajar lelaki yang masuk dalam dewan makan. Dan muka-muka pelajar yang masuk akan dihafal. Semuanya untuk mengelakkan budak-budak ambil kuih banyak kali.

Ini menjadikan sesi minum petang antara sesi yang paling tak ramai budak pergi dewan makan. Budak-budak suka pergi sarapan kerana waktu sarapan boleh ambil nasi lemak dua kali, begitu juga dengan waktu malam. Tapi sesi minum petang, haram. Dari susah payah pergi dewan makan untuk ambil kuih seketul, baik pergi hisap rokok dekat tandas. Atau pun bogelkan budak.

Dan kerana kurangnya sambutan pada sesi minum petang, ini menyebabkan lebihan kuih. Masalahnya, lebihan kuih ini tidak pula ditinggalkan untuk pelajar. Makcik dewan makan akan bawa pulang. Yang ini, gua rasa ada kaitan dengan politik wang.

Jadi, apa natijahnya gua dan kawan gua terhendap-hendap di tepi dewan makan ni?


Anggap saja kami cuba mengelakkan politik wang dari terus berlaku.


Keh keh keh...


Obesiti? Apa tu?

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Obesiti- ni mesti berkenaan dengan ct nurhaliza

Encik Akmal said...

tak pun gabungan nama antara obefiend dan siti nurhaliza kah kah!! so sweet, kan?