Asyik tulis esei je. Kali ni gua buat dalam bentuk poing lah ye.
1- Malam tadi, gua lepak di warung bersama kawan-kawan Facebook, iaitu Leo dan Jo. Leo bawa kawan dia, tapi gua tak kenal. Kalau tak silap gua, Leo panggil dia Erik-erik. Kami makan dan berborak sampai kenyang. Tiba-tiba Leo, Jo dan kawan yang gua tak kenal (Erik-erik) cerita pasal Paper Embedded esok hari. Gua tak belajar embedded-embedded ni, jadi gua fokus pada makan.
2- Tiba-tiba gua teringat sesuatu. Gua letakkan sudu dan garfu, dan gua mendongak ke langit. Celaka, paper embedded diorang ni, sama waktu dengan paper wireless gua. Satu haram gua tak belajar lagi ni.
3- Tapi apa ada hal. Gua sambung makan.
4- Balik dari warung, gua pekena Facebook. Gua mengorat sikit makwe, lepas tu gua download replay Teampalingkuatdialamsemesta FC menentang West Ham.
5- Gua tengok Torres score. Gua stim.
Torres. Masa berak pun nampak stail. Makan apa tak tahu.
6- Dalam jam 11pm, gua pergi jumpa Heldy untuk mengambil nota. Paper gua pukul 9am, jadi gua ingat tak nak tidur malam ni. Gua puji kipas bilik Heldy laju, kemudian gua singgah pula ke bilik Joseph.
7- Gua arahkan Joseph print slip exam gua. Joseph buat muka tak puas hati.
8- Gua dan Joseph kemudiannya pergi ke bilik Joy. Rumah Joy ni jenis pintu depan berkunci, orang jerit suruh buka pintu semua buat tak dengar. Hamjad.
9- Jam 12am, gua balik bilik. Sampai di bilik, gua tengok dalam pendrive gua ada filem Hikayat Merong Mahawangsa.
10- Gua pekena Hikayat Merong Mahawangsa. Bila babak yang ada Ummi Nazzira, gua pause. Lepas tu ulang. Pause, ulang. Sampai gua boring dekat Ummi Nazzira.
11- Masa babak yang ada askar Melayu tak pakai baju, gua tergelak guling-guling. Kurus belaka rupanya askar Melayu dulu, tak macam askar sekarang.
12- Jam hampir pukul 2am, gua habis tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Gua buka Facebook. Ada orang cuba nak jadi kawan gua. Gua block orang tersebut serta merta.
13- Jam 4am, gua buka slide. Ada exam rupanya kejap lagi. Lupa pula.
14- 9am, gua dah sampai di bilik exam.
15- Peperiksaan tiga jam dah bermula. Gua isi muka depan kertas jawapan. Kemudian gua tengok kertas soalan. Gua renung satu-satu soalan yang ada dengan renungan tajam.
16- Kertas jawapan tengok gua. Gua buat tak layan.
17- Satu jam 30 minit berlalu, baru gua angkat pen. Gua selak kertas jawapan. Oh, kosong lagi rupanya.
18- ???????
19- Peperiksaan habis.
20- Gua balik bilik, beli keropok lekor. Lepas tu pekena Berita Harian Online.
Tamat.
Jadi, celah mana review filemnya? Hah?