Sunday, April 24, 2011

Kegembiraan semasa tolong menolong.


Entri ini mempunyai cerita, penerangan, dan mesej sebenar.


Jamsuri Saidin berjalan seorang diri dari dewan kuliah. Kerana memang sikapnya yang rendah diri, dia gemar jalan sambil menundukkan kepala.

Untuk memendekkan cerita, dalam perjalanan pulang itu tiba-tiba Jamsuri Saidin terjumpa dengan sejumlah wang di atas jalan. Kerana peristiwa terjumpa duit ini bukanlah kebiasaan Jamsuri Saidin, dia keliru. Antara ambil atau tidak. Jika ikutkan pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari", mahu sahaja dia ambil wang tersebut. Tapi seakan-akan ada sesuatu yang menghalang. Baginya, wang itu milik orang lain, dan dia tidak sepatutnya ambil hak orang lain.

Pada masa yang sama, Jamsuri Saidin juga sedang mempunyai masalah kewangan. Hendak minta wang kepada ibubapa, dia segan. Hendak pinjam kepada kawan-kawan pula, Jamsuri Saidin bukanlah seorang yang ramai kawan.




Gambar hiasan. Definitely not me.




Anda fikir Jamsuri Saidin bodoh kerana tidak ambil duit itu? Tunggu dulu.

Jamsuri Saidin ambil wang itu sebenarnya, tapi kemudiannya dia menghampiri makcik tukang sapu yang berada berdekatan, dan kemudiannya memberi wang tersebut kepada makcik itu. Makcik tukang sapu tentunya terkejut. Tapi kemudiannya makcik itu menolak pemberian Jamsuri Saidin dengan berkata sambil tersenyum, "Adik jumpa, adiklah ambil. Rezeki adik lah tu".

Sekarang tentu anda fikir Jamsuri Saidin dua kali ganda bodohnya, bukan? Sudah diambil duit itu, tetapi diberi pula kepada orang lain. Apa rasionalnya, dia sendiri tidak tahu. Tetapi dia merasakan jika itu ialah rezeki, makcik tukang sapu lebih berhak untuk dihadiahkan dengan rezeki itu. Makcik itu kerjanya mulia iaitu membersihkan bumi, jadi jika rezeki itu datang dari bumi, rezeki itu ialah balasan kepada jasanya.

Jamsuri Saidin sebenarnya masih berasa serba salah kerana mengambil duit itu. Jadi pada hari Jumaatnya, Jamsuri Saidin membuat keputusan untuk mendermakan sahaja duit itu kepada tabung masjid kampus. Baginya itu penyelesaian terbaik. Orang yang kehilangan duit itu akan turut mendapat pahala, manakala hati Jamsuri Saidin akan menjadi tenang.

Dan tak berapa lama selepas solat Jumaat, tiba-tiba Jamsuri Saidin mendapat panggilan telefon dari ayahnya. Kata ayahnya, dia baru sahaja menyalurkan wang ke dalam akaun bank Jamsuri Saidin. Sedangkan Jamsuri Saidin tidak pernah memberitahu tentang masalah kewangannya kepada ayahnya.


Dapat?


Apa yang gua nak sampaikan di sini, jangan berat hati dalam membantu orang. Dalam kita menolong orang, walaupun menyusahkan diri sendiri dan masalah orang itu tiada kaitan dengan kita, kita akan mendapat satu perasaan yang sangat seronok. Lega macam baru lepas berak. Seperti satu tanggungjawab kita sebagai kawan/sesama manusia telah terlaksana.

Dengan menolong orang lain, tidak bererti yang kita meminta balasan atau menempa nama sebagai manusia mulia. Ada sesetengah orang, selepas menolong orang dia akan tersenyum sepanjang hari, walau pun dia sendiri dilanda masalah. Maksudnya, dengan membantu orang lain, itu adalah satu-satunya cara dia menghadiahkan kegembiraan kepada diri sendiri yang sebelumnya gundah gulana.

Tidak semestinya dengan menolong makwe cantik belikan sesuatu bermaksud yang kita sukakan dia dan kita mengharap makwe itu sukakan kita. Tidak semestinya dengan tumpangkan orang yang berjalan kaki bermaksud kita mahu minta dipuji.

Jangan pernah menunggu balasan. Itu akan datang sendiri, dari pelbagai bentuk. Dan tidak semestinya dari orang yang kita cuba tolong. Petuanya, jika kita membantu seseorang, lakukan dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa. Jika satu hari perbuatan kita itu dibalas dengan kebaikan yang kita harapkan, percayalah, itu lebih manis.


Faham?







Kalau dah faham, baguslah. Gua dah letak nombor akaun RHB gua di wall Facebook. Biasalah, hujung semester.

keh keh keh...

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: