Monday, April 11, 2011

Kenapa gua dah slow sikit nak ber-blogging? Nak tahu sebabnya?



Benda ni gua dah perati lama, tapi gua malas nak ambil tahu. Tapi sekarang dah menjadi-jadi. So gua dah mula rasa tak selesa. Sebab tu gua berhenti blogging sebentar.


Buat pengetahuan lu orang, blog ini dibuat bukan untuk dikongsi oleh semua orang. Blog ini dikategorikan sebagai blog peribadi. Gua sendiri malu nak mengaku, tapi, iya, blog ini mungkin berbentuk errr... diari (celaka, akhirnya gua sendiri mengaku). Jadi gua tujukan blog ini kepada kawan-kawan gua sahaja.


Tapi gua tak ada lah kedekut sangat. Kalau lu nak link blog ni, nak suggest blog ini kepada kawan-kawan lu, gua tak kisah. Cuma gua rasa mereka akan bosan. Ye lah, siapa tak bosan baca diari entah siapa-siapa kan.


Sebab tu, gua tak letak benda-benda informatif sangat dalam blog ini. Kalau lu orang perasan, kandungan dalam blog ini ialah mengenai benda-benda yang ada kaitan dengan hidup gua dan kawan-kawan gua sahaja. Jadi mungkin ada sesetengah post yang lu orang tak tahu hujung pangkal, dan mungkin sesetengah pembaca tak faham langsung.


Jadi, kepada pembaca budiman yang bukan kawan gua, gua nak sangat (SANGAT) tahu tentang siapa anda yang membaca blog ini. Kalau boleh berkenalan, kita berkenalan.


Kenapa sibuk-sibuk nak tahu siapa pembaca blog ni? Sebab gua tak rasa kandungan dalam blog ini sesuai untuk semua orang. Orang yang paling gua nak elak dari sampai ke blog ini, ialah lecturer atau orang office (mampus gua kalau Brader Alcatel baca). Kedua, makcik-makcik sedara kat kampung. Ketiga, kawan suam-suam kuku.


(kawan suam-suam kuku = biasanya ialah mangsa-mangsa gua dalam blog ini).


Jadi kepada mereka yang ada akaun Blogger, sila enable link anda. Gua nak sangat (SANGAT) baca blog anda yang follow/komen entri gua, tapi bila gua klik pada profile anda, haram tak ada link. Benda-benda macam ni akan buat gua akan mengamuk. Jangan buat perangai stalker sangat.


Komen Facebook pun ada, sebagai alternatif.


[ , ]


Gua pernah ada chatbox (ala, yang gua letak kat tepi ni), tapi lepas tu gua remove. Jujur, gua suka bila ada kawan-kawan yang guna chatbox tu untuk anjingkan gua, walaupun mereka tak letak nama sebenar (apa ada hal, gua kenal sangat tulisan masing-masing). Tapi sebab ada maderfakers yang menggelar mereka sebagai 'blogwalkers' menyibuk dan sesuka hati mengarah gua pergi blog dia, terus gua remove chatbox tu. So lepas ni kalau ada yang nak komen, behave please. Kalau boleh jangan buat perangai blogwalker ye.


Begitu juga dengan "I follow you, you follow I balik tau!" punya sunnavabitch. Gua tak pernah buat, follow blog orang lepas tu suruh tuan punya blog tu follow gua balik. So gua expect benda yang sama dari lu orang. Kalau lu orang follow blog gua lepas tu arahkan gua follow lu orang balik, sila unfollow lepas baca post ini. Amboi amboi kau, sesukahati je kan nak arah-arah aku.


Obviously, niat kita blogging tak sama. Gua blog untuk bercerita, lu blog untuk femes.


***


So, sekarang dah tahu kan kenapa gua tak berapa semangat nak blogging? Benda-benda macam ni buat gua hilang mood untuk update. Jadi, sila buat apa-apa yang patut ye. Nanti kalau semua orang behave, gua update banyak-banyak.














p/s: Celaka, bukan main power lagi gua kaver. Hilang mood kunun. Padahal tengah tak ada idea nak blog. kah kah kah!!

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Leen LilDollius said...

"Begitu juga dengan "I follow you, you follow I balik tau!" punya sunnavabitch. Gua tak pernah buat, follow blog orang lepas tu suruh tuan punya blog tu follow gua balik. So gua expect benda yang sama dari lu orang. Kalau lu orang follow blog gua lepas tu arahkan gua follow lu orang balik, sila unfollow lepas baca post ini. Amboi amboi kau, sesukahati je kan nak arah-arah aku." AGREED! annoyed kan!

Encik Akmal said...

hahaha.. sapa suruh dia follow kan.. pastu nak mintak kita follow dia balik. memang TAKKAN la.. bukak blog dia sekali, tengok content sikit pastu buat bodo je. haha!