Sekarang, orang dekat rumah gua tengah kecoh dengan pelbagai scene. Scene hias dulang hantaran, scene bunga telur, scene lipat goodie bag, scene try baju melayu baru beli, dan macam-macam scene lagi.
Antara scene paling top ialah scene hantar kad jemputan. Kad jemputan ni, bukan main-main punya isu. Orang lama ni sensitif sikit. Kalau jemput guna Facebook atau SMS, diorang tak nak baca. Jadi kena hantar sendiri guna tangan. Kena datang rumah ke rumah, gelak-gelak, cerita pasal kompang dan khemah, lepas tu gelak-gelak lagi. Dah puas gelak, semua minum teh panas. Kemudian pergi ke rumah orang lain pula. Kalau ikut perangai gelak-gelak ni, satu rumah boleh cecah tempoh sejam lebih.
Jadi gua tak berapa nak 'into' dengan scene jemput menjemput ni. Gua bukan jenis kuat bercakap. Minum teh pun kadang-kadang tak habis. Gua serahkan urusan jemput menjemput ke mak abah gua. Kawan-kawan gua jemput guna SMS. Pandai-pandai cari alamat sendiri.
Gua tak peduli sangat dengan semua ni. Hal nak cari budak kompang, soal nak buat joget lambak ke tidak, siapa nak incas jadi penanggah, scene bergambar ramai-ramai, scene karaoke, adik gua nak bawak makwe dia, bos masa praktikal panggil masuk kerja, gua tak peduli itu semua.
Cuma, gua tengah pening pasal satu benda je. Kalau jadi pengapit kan, kena bawak keris jugak ke hah?
Ah, nebes pulak gua!