Monday, June 27, 2011

Bersih.



Gua ingatkan Perhimpunan Bersih ni dianjurkan majlis bandaraya yang terkilan dengan sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata.


Pagi tadi lepas hantar anak buah pergi tadika, gua park kereta di stesen komuter dan naik train dengan harapan dapat jumpa makwe comel. Seperti biasa, setiap hari gua berharap akan bertemu makwe comel dalam situasi romantik seperti menolong makwe yang tersepit kaki di pintu tren, menendang brader pervert yang suka meraba makwe comel, atau tumpangkan bahu gua sekiranya makwe comel yang duduk di sebelah mengantuk.

Dan seperti biasa juga, situasi romantik di atas tak berlaku hari ini.

Turun dari tren, gua lalu di kaki lima jejantas yang menghubungkan ofis gua dengan stesen komuter. Gua tengok, kaki lima di jejantas tu penuh dengan kertas kuning yang bersepah dan bergelimpangan. Gua perhatikan kertas itu;


"Perhimpunan Bersih v2.0, 09 Julai 2011"


Selepas dibaca tuntutan dan objektif perhimpunan tersebut barulah gua tahu, rupanya perhimpunan Bersih bukanlah anjuran majlis bandaraya yang terkilan dengan sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata.


p/s: Nak berhimpun ke, nak hantar testimonial ke, yang penting lu jangan buat sampah. Gua nak tengok lepas perhimpunan nanti, jalan tak bersepah dengan sampah sarap. Kalau bersepah, gua sendiri akan anjurkan kempen Bersih v2.1. Jangan guna nama 'Bersih', kalau sendiri buat sepah. Paham?

p/s/s: Ni Brader Alam Sekitar yang taip ni!

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

J.Syazwana said...

nama perhimpunan bersih tapi buang sampah merata-rata. haih =____=

Encik Akmal said...

harap2 yang join nanti bawak plastik sampah sendiri. poster2 tu nanti kumpul kat situ. jangan main tinggal je.