Friday, June 24, 2011

Rancangan hujung minggu.

So gua tak pergi Family Day kompeni. Apa mau bikin?










Gua merancang untuk pergi ke Pesta Buku Selangor. Eh tak tak, bukan yang ada orang joget-joget tak pakai baju tu. Itu pesta seks. Pesta buku juga bukan bermaksud ada pesta dimana orang boleh berjoget-joget dengan buku sambil minum arak. Bukan, bukan.

Pesta buku bermaksud, satu kempen dimana kebanyakan syarikat penerbitan buku akan turut serta mempromosikan buku-buku keluaran mereka bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan minat membaca dikalangan masyarakat terutamanya belia. Pelbagai aktiviti akan dirancang sepanjang pesta buku berlangsung, antaranya bacaan sinopsis buku yang dipromosi, sesi dialog bersama penulis buku terkenal, pelancaran buku-buku baru, bacaan cerpen, acara forum, dan macam-macam lagi.


Mesti lu orang skip perenggan atas sebab panjang sangat, kan?


TL:DR kan?


Jangan macam tu. Minat membaca ni, kita kena pupuk dari sekarang. Terutamanya kepada yang lelaki. Kenapa?

Lu orang biasa tengok TV tak? Masa sarapan pagi dalam apa-apa cerita pun, cuba lu orang perhati betul-betul. Mak-mak akan sibuk sapu jem dekat roti, anak perempuan akan duduk dengan sopan, manakala anak lelaki pula akan datang tergesa-gesa sambil galas beg konon dah lambat nak ke kelas. Biasanya bapak-bapak akan buat apa?


Yes, bapak-bapak akan kelihatan sibuk membaca surat khabar sambil sibuk betulkan cermin mata.


So fine, lu tak minat membaca. Dan ditakdirkan beberapa tahun lagi lu orang akan berkeluarga dan situasi sarapan pagi di atas berlaku terhadap keluarga lu orang. Sebijik.


Cuba lu bayangkan, lu nak buat apa?


Main gitar?






p/s: Pergi woi. Jangan kasi malu.


p/s/s: Gua ajak pergi bukan sebab apa. Gua tak tahu jalan area Shah Alam sebenarnya. he he!

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: