Hari kedua masuk kerja.
Masa lunch hour sudah tiba. Gua sedang makan di mamak berhampiran dengan ofis gua. Sebagai budak baru dalam ofis, gua agak segan sebenarnya mahu makan bersama brader-brader ofis yang lain. Jadi, seperti biasa, gua pekena makan seorang diri.
Acara makan gua pada hari ini agak terbantut sedikit bila sebuah kereta yang parking sebelah meja makan gua mengeluarkan bunyi hon berulang kali. Seorang akak sedang berada di tepi kereta, sambil memandang kiri dan kanan. Marah betul gayanya. Sebuah kereta menghalang tempat parking kereta akak itu, menyebabkan akak tu tak dapat keluar. Tergesa-gesa nampaknya.
Akak-akak ofis, kalau jenis tergesa-gesa masa lunch hour macam ni, satu je sebabnya. Jenis nak cepat pergi lunch supaya ada masa lebih untuk pergi shopping. Kalau tergesa-gesa masa balik tu lain cerita. Itu sebab nak ambil anak balik sekolah.
Bunyi hon berbunyi lagi. Kali ni bunyinya lebih marah. Gua pandang akak tu dengan bengis. Kalau ikutkan hati, mahu saja gua bangun dan tendang stereng kereta akak tu supaya tercabut dia punya punat hon. Nasib baik gua tengah lapar.
Tak berapa lama kemudian, seorang pakcik datang dan mengalihkan keretanya yang berada di hadapan kereta akak tadi. Barulah akak tu dapat bertenang.
Gua rasa, kalau akak tu ada Facebook, mesti dia update status marahkan pakcik tadi. Kalau ada Blackberry, mesti akak tu update Twitter semasa drive.
"Sengal punya orang! Kau pergi park depan kereta aku, macam mana aku nak keluar??"
p/s: Kalau lu orang tak pernah baca status marah-marah dari pemandu perempuan yang kompelin tentang pemandu lain sepanjang hidup lu, lu memang malang.