Thursday, June 9, 2011

Perihal kenduri.


Pernah tak terjadi, bila tiba-tiba orang tidak dikenali mahu bersalam dengan lu orang? Mesti lu orang buat muka pelik dan tak mahu bersalam, kan? Ingat, dengan pengantin, JANGAN BUAT MUKA PELIK ITU.


Semalam semasa sedang melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kenduri Ahad ini, tiba-tiba Abang Long gua buka satu cerita.

Katanya, perkara paling dia tak dapat lupakan ialah bila dia menjadi fotografer untuk satu majlis perkahwinan seorang rakan. Selepas selesai segala majls (berarak, bersanding, tepung tawar, makan beradab dan potong kek), seperti biasa Raja Sehari akan turun 'mencemar duli' untuk bersalam dengan tetamu yang hadir.

Perlu diingatkan, tujuan pengantin bersalam ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu kerana meluangkan masa datang dari jauh untuk meraikan perkahwinannya. Ada juga pengantin yang ke khemah belakang untuk bersalam dengan mereka yang bertungkus lumus di tempat memasak sebagai tanda terima kasih.

Nak dijadikan cerita, pengantin ni pun bersalam lah dengan semua orang. Semasa dia cuba menghulurkan tangan untuk bersalam dengan sekumpulan budak-budak perempuan, dia mendapat respon yang sangat bangang.


"Eh, kenapa ni? Kenapa ni? Kitorang kawan kepada adik pengantin lelaki lah" Kata salah seorang dari budak perempuan itu kepada pengantin sambil buat muka terpinga-pinga. Dia jadi pelik kerana tiba-tiba pengantin mahu bersalam.

Bangang, kau kena ingat, kau pergi kenduri kahwin orang sebab meraikan pengantin. Bukan sebab kawan kau (si adik pengantin) saja-saja jemput untuk kau berkumpul ramai-ramai. Bila pengantin nak salam cakap terima kasih, kau perkenalkan diri kau elok-elok, beritahu kau kawan kepada adik pengantin, dan ucap "Tahniah". Jangan pula memalukan pengantin dengan beri respon bodoh macam tu. Macam lah pengantin tu nak sangat salam dengan kau.



P/s: Cerita ni gua post sebagai amaran kepada kawan-kawan gua menjelang majlis abang gua Ahad ini. Sepanjang majlis, gua akan perhati seorang demi seorang dengan wajah bengis. Jangan buat perangai macam ni kalau taknak kena lempar dengan betik bunga manggar.





Sekian sahaja entri dari gua, Brader Bengis.



Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: