Tuesday, June 14, 2011

Review filem: KL Gengster (2011)


Gua dengar, cerita ni power. 4 hari dah RM 6.5 juta. Tolak saman Ayahanda, rasanya banyak lagi baki tu.


Gua ikut abang-abang gua dan isteri masing-masing ke Alamanda Putrajaya untuk menonton filem samseng Melayu ni. Bukan senang nak tengok artis-artis bergaduh dan cakap kasar. Selalu keluar Melodi, semua cakap baik-baik.

Walaupun reputasi gua teruk terhadap filem-filem aksi kerana sering tertidur, gua tetap gagahkan diri untuk ke panggung kerana gua rasa, filem ni lain macam dia punya langsi. Memang sesuai dengan imej kasar dan bengis gua. Dan filem-filem begini, memang wajar sekiranya Lisa Surihani buat kemunculan mengejut. Sebagai gadis penjual cendol di tempat samseng-samseng lepak, contohnya.






KL Gengster. Brader kanan sekali paling langsi.








Betul la cakap orang. Sejak menang AF3, kau memang dah lain kan?






Sejak beratur beli tiket, sehingga lah gua sampai di rumah, cuma ada satu dialog je yang gua ingat sampai sekarang.



" [bunyi announcement bell] "

" Perhatian kepada tuan-tuan dan puan-puan, filem KL Gengster tayangan jam 9.30 malam telah kehabisan tempat duduk."


Orang ramai yang beratur panjang semua dah mula keluar barisan. Lepas call abang gua, kakak-kakak ipar gua turut keluar barisan. Filem lain seperti Xmen, KungFu Panda 2, Super 8 dan Karak nampaknya tidak mendapat tempat di hati kami berlima. Dalam perjalanan pulang, gua sempat jeling kasar ke arah akak kaunter sebagai tanda protes.


Hasrat gua untuk melihat Lisa Surihani buat kemunculan mengejut dalam filem ini sebagai gadis penjual cendol di tempat lepak samseng, turut terkubur.


Download jugak la nampak gayanya kalau cenggini. Bangang.


Sekian saja review filem tak jadi tengok dari gua,

- Brader Wayang.

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Aie Isa said...

file sharing website SKMM dah block. DVD cetak rompak la nampak gayanya.

Encik Akmal said...

tak pun tunggu Astro tayang masa raya tahun depan. jenis kedekut taknak keluar duit.