Friday, July 29, 2011

Laporan pasca-perlawanan.


Kita kalah.

Apa yang gua ingat tentang perlawanan semalam ialah;


- Defend bangang. Masing-masing muka ketat. Bila dapat bola, mesti bagi bola tinggi dengan harapan defend Singapura akan terpijak kulit pisang dan akan memberi peluang kepada Safee Sali menjaringkan gol. Malangnya itu tidak berlaku.


- Pemain Malaysia tiada individual skill. Bila dapat bola, ramai yang menggelabah dan cepat-cepat nak beri kepada orang lain. Ada yang boleh bawa lari naik atas, pergi pass ke orang sebelah. Kadang-kadang, terberi kepada pemain lawan.


- Safee Sali power.


- Khairul Fahmi pun power. Gua rasa kalau defend tak bangang, pengadil bagi bola sorang sebiji pun belum tentu pemain Singapura dapat jaringkan gol.


- Aksi pemain import Singapura dari China tu berguling-guling memang iblis la.


- Safee Sali power.


- Pemancar laser tak pernah berhenti dari menjadi bangang.


- Aksi sakit kepala penjaga gol Singapura turut menghiburkan jutaan penonton.



- Double bicycle kick dari Safee dan Amirul Hadi yang awesome. Synchronized. Kalau masuk renang berirama, mesti dapat point tinggi.


- Datuk K punya stail cakap memang stail. Jenis cakap sambil tangan letak kat belakang ni, memang gua kagum.


- Semasa wartawan wanita Astro nak temuramah Khairul Fahmi, gua perasan dia tersenyum malu-malu kucing sambil selak rambut ke belakang telinga. Dah macam drama cinta. Bangang.


- Pertama kali gua tengok Safee Sali marahkan pemain yang lengahkan masa dan tak ada sportmanship.


p/s: Safee Sali power.

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: