Ramadhan datang lagi!
Seperti biasa kalau lu orang pun perasan, bila dah masuk bulan Ramadhan ni, kita akan mengalami kesesakan. Sesak nak masuk pasaraya, sesak di bazaar Ramadhan, sesak di KFC semasa berbuka, sesak di jalanraya masa nak balik kampung, dan banyak lagi.
Mungkin, kalau lu orang perasan juga, antara yang sesak-sesak itu, kita akan terpaksa beratur dengan mereka dari kaum lain.
Kan? Tipu lah kalau lu orang tak perasan.
Dan akan ada yang kata;
"Eh eh, diorang ni. Kita yang puasa ke, diorang? Time-time macam ni la diorang nak sibuk pergi bazar jugak."
"Eh eh, diorang ni. Kita punya raya, diorang pulak nak sibuk-sibuk balik kampung. Tak pasal-pasal jalan jammed."
"Eh eh, diorang ni. Kita nak shopping baju raya pun diorang ada jugak?"
Now.
That is sooooo wrong, ledis en jentelmen.
Satu, kita duduk dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Tak salah rasanya kalau orang dari kaum lain pun menikmati suasana Ramadhan seperti kita. Ada antara mereka yang rindukan dengan juadah bazar Ramadhan yang tidak boleh didapati pada waktu lain.
Dua, bulan Ramadhan juga mengajar kita untuk tidak membezakan sesama manusia. Tak kira kita miskin atau kaya, berpangkat atau kuli, alim ulama atau kutu, semua manusia sama. Mengikut kefahaman gua juga, tiada istilah 'diorang'. Mungkin, ada antara mereka yang sama-sama menahan perut untuk 'berpuasa' seperti kita sepanjang hari, kita tidak tahu kan? Jadi apa kata kalau kita tidak melenting bila melihat mereka turut sama bersesak membeli juadah di bazar. Puasa juga melatih kita untuk bersabar, kan?
Tiga, semua kesesakan yang kita temui dalam situasi di atas tak ada kaitan dengan ibadat kita. Jadi tak perlu nak risau. Bukannya puasa kita boleh terjejas pun. Lainlah kalau mereka pun bersesak-sesak nak buat pesta tarian naga dekat depan masjid masa lu orang nak pergi tarawikh.
Benda ni tak jadi isu pun. Hal kecik-kecik je. Tapi gua nak bangkitkan juga kerana ia wujud.
Just like Syawal, we can enjoice Ramadhan together. Ia adalah amalan yang sihat untuk perpaduan negara.
p/s: Untuk amoi-amoi yang pergi bazar Ramadhan pakai hot pants, jangan amalkan ya. Itu pula, adalah amalan yang tidak sihat.