Friday, October 28, 2011

Pecah, Dendam, Kougar, Kasino.


Brace yourself, ini adalah entri yang sangat panjang.


Tempohari, gua ada terbeli sebuah novel. Iya, sebuah novel. Kalau gua cakap novel, mesti lu orang fikir "hek eleh mamat ni, minat baca novel rupanya". Satu gua nak cakap, novel yang gua baca ni bukanlah dari terbitan-terbitan syarikat pengeluar yang seperti biasa kita tengok. Ini ialah novel-novel terbitan Buku Fixi. Apa itu Buku Fixi, lu orang boleh kaji di sini *click*.

Perbezaan ketara novel Fixi dengan novel-novel lain? Genrenya yang berunsur 'pulp fiction'. Bahasanya tidak ditapis, dan dialognya realistik. Dan, yang penting, tiada unsur jiwang. Jika ada pun, ia tidak meleret seperti novel lain. Jadi jangan risau, pembaca buku Fixi takkan dilabel 'Mat Jiwang'.

Novel Fixi pertama yang gua beli bertajuk PECAH yang gua beli di Amcorp Mall. Pada mulanya gua mahu beli semua tiga tajuk (PECAH, KOUGAR, DENDAM) yang ada, tapi gua pilih PECAH sebagai percubaan. Kalau bagus, gua akan borong semua selepas ini.





Dan ternyata, gua tak menyesal bawa buku ni pergi office.




Lu orang minat cerita berunsur jenayah terancang yang biasanya diketuai seorang genius berprofil tinggi? Gua cadangkan lu orang baca buku hasil tulisan Khairulnizam Bakeri ini. Novel ini menceritakan tentang satu rompakan bank yang dilakukan oleh Herman, seorang peguam bersama tiga rakan yang lain. Segala operasi rompakan berjalan lancar, sebelum salah seorang rakan Herman, Alan ditembak pengurus bank namun mereka sempat melarikan diri. Alan terus dibawa ke hospital dan yang gua nak cerita dari mula sampai habis ni kenapa?

Antara empat buku yang gua nak review, PECAH merupakan yang terbaik setakat ini. Plot diolah dengan penceritaan dari pelbagai sudut. Bermula dengan rompakan, bab seterusnya menceritakan tentang Herman dan bekas isterinya, cerita Bakar dan keluarganya, cerita kerjaya Herman, kisah lampau Bakar, dan yang mengejutkan, sesuatu tentang Lidya.

Penulis tidak menceritakan secara menerus apa yang akan berlaku selepas setiap bab. Segala penceritaan diselang seli dan akhirnya membawa pembaca untuk memahami kesinambungan cerita-cerita ini. Pembacaan yang begini, ditambah pula dengan rancangan Herman, bagi gua adalah sangat seksi dan genius!


***

Beberapa hari selepas menghabiskan PECAH, gua tekad untuk ke MidValley untuk mencari novel-novel Fixi yang lain. Tak ada kawan? Tiada masalah, gua boleh pergi seorang diri. Ia lebih bagus, sebab tak ada orang nak tarik muka masam kalau gua lepak kat MPH tu lama-lama. Hah!


Dan hasilnya,




Yang plastik SilkyGirl tu dah boleh abaikan rasanya.




KOUGAR:


Okey ini buku Fixi kedua yang gua baca. Mengejutkan, sebab kali ini penulisnya Shaz Johar menggunakan pendekatan bahasa yang sedikit formal. Maaf, tapi KOUGAR mungkin sedikit tersasar dari jangkaan gua kerana diksi bahasa yang agak formal ini.

Tapi itu bukan perkara yang dapat mencacatkan isi kandungan KOUGAR. Ianya masih buku yang bagus, dan watak Kisha diolah sebagai protagonis yang sedikit nakal. Bujang, cantik, bekerjaya, ramai peminat, tetapi agak berusia. Kemudian Kisha terjumpa dengan seorang/seekor anak ikan bernama....

... ah, celaka gua tak ingat nama laki tu. Ni la kelemahan buat review dua bulan lepas habis baca ni. Buku pulak tertinggal kat rumah. Lantak la. Yang penting gua nak review.

Dari kisah gaya hidup urban, tiba-tiba KOUGAR terus membawa kita kepada perkahwinan Kisha dengan imam muda kampung, yang juga seorang duda anak satu. Imam muda tersebut (juga tak ingat nama) merupakan lelaki pilihan emak Kisha yang memaksanya kahwin kerana usia Kisha yang sudah lanjut. Dan sekarang gua tak tahu nak tulis apa lagi. Setan betul.

Ah, yang penting, walaupun penulis dia lelaki, tetapi gua kira dia berjaya menulis sebuah cerita yang mempunyai perempuan berusia sebagai watak utama. Lu orang ingat senang nak faham perempuan?


DENDAM


Berdasarkan tajuknya sahaja, kita semua tahu apa isi kandungan buku hasil tulisan Affifudin Omar ini. Ia mengisahkan tentang Khalil Gibran, seorang yang semasa kecilnya menyaksikan kekejaman yang berlaku terhadap ayahnya sehingga mengakibatkan kecacatan kekal. Ini seterusnya membangkitkan perasaan dendam dalam diri Khalil. Orang-orang yang melakukan kekejaman itu pula ialah anggota polis; yang mana kita tahu secara automatik, berkaitan dengan politik.

Polis-Politik. Semakin hari semakin sinonim. Hah!

Kali ini gua disajikan dengan hasil tulisan seseorang yang agak berusia, jadi sememangnya, beliau akan menulis tentang perjuangan politik dengan nada yang sedikit sinis. Dan yang penting, bagaimana bisnes dan politik (ah, juga sinonim) dapat merealisasikan dendam kesumat Khalil Gibran yang disimpan sejak kecil itu. Banyak yang dapat kita belajar di sini; lu orang nak tau, baca sendiri.

Mesej yang gua dapat; budak kecik kalau dah berdendam, memang akan ingat sampai ke tua. Ini betul, bukan mitos.


KASINO


Astaghfirullah... Baca tajuknya sahaja dah tahu buku ini akan ajak kita semua berjudi. Tapi nanti dulu, jangan menghakimi buku dengan tajuknya.

KASINO, novel tulisan Saifullizan Tahir merupakan buku keempat yang gua baca, tapi secara peribadinya gua letakkan sebagai buku terbitan Fixi yang kedua terbaik setakat ini selepas PECAH.

Ia menceritakan tentang Datuk Mohd Narcissus Yusuf, seorang arkitek yang berjaya mendapat projek perasmian laguna bernilai RM3.8 juta di Negeri Tualang semasa pemerintahan BN. Tetapi malang bagi Narcissus, BN tewas dalam pilihanraya, dan PKR mengambil alih kerajaan negeri. Ini menyebabkan projek Narcissus dibatalkan PKR dan dia perlu menyerahkan kembali wang RM3.8 juta milik negeri.

Penulis tak terangkan secara lanjut mengapa projek RM3.8 juta itu dibatalkan, tapi ikut logik gua, sebagai pembangkang, PKR tentu akan bangkang segala projek BN, bukan? Dan bila bertukar kerajaan, tentunya projek-projek yang selama ini mereka bangkang akan dibatalkan serta merta. Dari sini kita dah dapat tahu kaitan politik dengan pembangunan sesebuah negeri. Hah!

Tapi isu utama dalam KASINO bukanlah tentang politik sebenarnya. Sepanjang novel ini, kita dapat tahu gaya hidup seorang Datuk hedonis yang sentiasa dikelilingi dengan kemewahan, teknik bisnes, pelbagai arak dan wain, skandal dengan perempuan cantik, amalan rasuah, kongsi gelap, dan kewajipan bersolat.

Iya, Narcissus ialah seorang yang gemar minum arak, bela perempuan cantik, mengamalkan rasuah, mempunyai hubungan baik dengan 'abang kawasan', tetapi tetap mendirikan solat. Gua tergelak bila membaca penerangan Narcissus tentang bagaimana dia merasakan harinya tidak lengkap tanpa arak, tetapi pada perenggan seterusnya dia mengambil wuduk dan mendirikan solat. Gua tergelak bukan kerana kejahilan Narcissus, tetapi kerana mesej tersembunyi penulis. kah kah kah! Ni lu orang dah semayang ke belum ni?

Tidak seperti tiga novel sebelum ni yang menggunakan sudut pandangan pihak ketiga (third person view), KASINO pula mengambil pendekatan sudut pihak pertama (first person view) di mana penceritaan adalah dari pihak Narcissus sendiri. Dari sudut pandangan Narcissus ini, kita dapat kenal sifatnya yang tenang, sedikit angkuh, fasih tentang jenama, dan juga serius. Yang menarik tentang Narcissus, dia mempunyai banyak pendapat peribadi, tetapi dia cuma simpan dalam hati. Serius, kalau watak Narcissus ini benar-benar wujud, pasti ramai yang jatuh cinta dengannya.

...

Ah, gua dah mula tulis macam gua minat lelaki.


Kesimpulannya, buku-buku Fixi adalah sesuatu yang baru dalam kesusasteraan Melayu. Bayangkan, The Malaysian Reader yang tak minat baca novel Melayu pun boleh terjebak. Lu orang bila lagi, hah? Hah? Nak kena lempang?


Target gua seterusnya ialah CEKIK, JERAT, NGERI, dan ZOMBIJAYA.






Gerabak di MPH The Spring, Kuching. Do want!




P/s: Oh ya. Kepada yang nak meminjamkan CEKIK kepada gua, bolehlah hubungi gua di shoney_yutaka88[at]yahoo[dot]com[dot]my kerana CEKIK tidak dijual di MPH kerana bahasanya yang... errr... terlalu... explicit?

Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

shandye. said...

wajar baca cekik sekurang-kurangnya DUA kali. lepas tu mesti kau akan cakap "Ohh... macam tu rupanya..."

Lynn Mahzan said...

Macam pernah dengar nama Khairulnizam Bakeri. very familiar.
this has caught my interest sebab dah lama x baca buku. rasenye tak sesuai for a 15 y.o. girl...?

Encik Akmal said...

shandye: yup, memang gua rasa nak baca lagi sekali kalau ada masa terluang. celaker tak faham apa benda.

lynn: rasanya antara novel-novel ni, tulisan khairulnizam bakeri antara yang selamat dibaca. kot. haha entah entah!