Sunday, November 20, 2011

Nenek tua.

Pada suatu petang.

Lepas main bola, dia capai Winston.
Dia bakar. Asap ditiup keluar jauh-jauh.
Dia buka baju, berpeluh.
Dia ceritakan tentang perlawanan tadi dengan seorang kawan.

Telefon kawan berdering. Kawan bergayut.
Dia melihat kawan mundar-mandir berbicara sambil tersenyum.
Dia toleh kanan, ada seorang nenek tua.Jalan perlahan-lahan.
Tangan kanannya sebatang tongkat dan sebungkus plastik,
Tangan kirinya memegang baldi.

Dia toleh depan. Sedut Winston. Lepas asap. Kembali melihat nenek tua.
Nenek tua mahu melangkah melepasi longkang.

Dia sedut Winston. Nenek tua berkira-kira mahu melangkah.
Nenek tua lepas. Dia tiup asap Winston.
Lega lihat nenek tua berjaya lepas longkang.

Kawan yang bergayut dah habis kredit.
Kawan menghampiri dia kembali, dan terus duduk.
Dia pandang kawan. Kawan pandang nenek tua.
Nenek tua pandang dia.

"Mai, kesian aku tengok nenek tu. Jom tolong dia, tanya nak pergi mana."

Kawan dah standby dengan kunci motor.
Kawan menghampiri nenek tua.

"Aaaa.. u olang boleh tolong pergi kedai beli nombor 4D ka?"

Kata nenek tua sambil membongkok-bongkok menahan lelah.

Nenek tua pandang kawan.
Kawan pandang dia.
Dia pandang jam.

Dia balik.
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

J.Syazwana said...

bongok punye nenek. hahaha !