Sunday, December 4, 2011

Ni gua nak menyeru sikit.

Bukan menyeru syaitan lah.


Sebenarnya gua tak berapa setuju dengan penggunaan kata nama ganti yang menggunakan bangsa. Mungkin gua terlalu rasis, sehingga gua nampak penggunaan kata nama demikian sebagai 'melabel'. Contoh ayat melabel;


"Hari tu aku tengok mamat India ni selamba je merokok dekat hospital"

"Eh, budak Cina ni boleh pulak main2 dengan aku"

"Jangan risau, ada kedai Melayu kat situ."

"Dalam group aku ada sorang mamat Negro ni taknak buat kerja"


Apa kata, kalau kita buang satu perkataan dan jadikan ayat itu;


"Hari tu aku tengok brader ni selamba je merokok dekat hospital"

"Eh budak ni boleh pulak main2 dengan aku"

"Jangan risau, ada kedai kat situ.."

"Dalam group aku ada sorang mamat foreign ni taknak buat kerja"


Sama je kan? Kita masih dapat sampaikan mesej dalam ayat itu, tanpa mengubah persepsi awal orang yang mendengar.



p/s: Tapi jangan terkeliru. Ada beza antara 'melabel' dengan 'penjenamaan'. Jadi frasa 'kedai mamak' terkecuali dalam hal ini kerana kita semua tahu ia dah menjadi sesuatu yang kita semua kenal. Bila sebut 'kedai mamak', kita tahu apa yang ada di situ. Sama dengan frasa 'kedai sate', 'kedai burger', 'Seven E' dan lain-lain. Okay?

Setuju? Sapa tak setuju dia gila.

p/s/s: Okay tu je post untuk hari ni. Gua tengah sibuk mengorat makwe ni.
Comments
5 Comments

5 orang tak puas hati:

sarah zulk said...

good!

J.Syazwana said...

gua tak setuju.
gua gila.

okbai.

Encik Akmal said...

ah gua nak peduli apa. kah kah kah!

AkuTaip said...

gua tak setuju.
gua gila.

okbai.

Encik Akmal said...

ahhhh semua tak nak setuju. yelah yelah, kalau macam tu gua seru kat gua sorang je lah.